Tip Pilihan: Kuasa Tambah Kosong


Oleh: Irfan Khairi

Satu konsep yang ingin saya perkenalkan kepada anda, iaitu kuasa "Tambah Kosong"
Apa maksudnya?
Dalam perniagaan (ataupun hidupan harian), sudah tentunya kita mempunyai matlamat. Contohnya, berapa ramai kita hendak berjumpa prospek hari ini? Berapa ramai kita hendak pelanggan minggu ini? Berapa banyak keuntungan kita inginkan bulan ini?
Sebagai contoh:
  • Dalam perniagaan MLM, hari ni kita nak jumpa 3 orang prospek
  • Dalam perniagaan spa, minggu ini kita inginkan 20 pelanggan
  • Dalam perniagaan Internet, bulan ini kita inginkan keuntungan RM4,000
Ok... itu matlamat kita. Sememangnya ianya amat penting untuk kita mempunyai matlamat. Tetapi, apa kata kita aplikasikan kuasa "Tambah Kosong" pada apa sahaja matlamat kita. Ertinya, tambah satu (atau dua) kosong pada hujung angka matlamat kita. Jadi...
  • Fikirkan dalam perniagaan MLM, hari ini bukan 3 prospek menjadi matlamat kita, tetapi 30!
  • Fikirkan dalam perniagaan spa, minggu ini bukan kita inginkan 20 pelanggan, tetapi 200!
  • Fikirkan dalam perniagaan Internet, bulan ini bukan kita inginkan RM4,000, tetapi keuntungan RM40,000!
Dengan menambahkan kosong pada angka matlamat anda, anda menggandakan lagi matlamat anda supaya ianya menjadi besar. Minda anda juga akan menjadi lebih kreatif untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.
Bila besar matlamat kita, maka besarlah pencapaian kita. Shoot for the stars, if you miss, you will still get the moon!
Hebatkan kuasa "Tambah Kosong"?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca