Pabila Hilangnya Rasa Malu Itu

dipetik dari: Blog Miss_Wafa

ok..harini ana nak cerita cikit apa yang menarik yang
berlaku..tadi,pukul 3 ptg tadi,ana dan kawan naik la bus untuk ke
mydin yang dekat stesan bus pudu.masa dalam perjalanan tu,ada la
sekumpulan budak lelaki dalam lingkungan umur 17-19 tahun..diorng ni
sembang memang gempak habis..dengan gelak sekuat ati nye macam bus tu
dia yang punya la...tu tak la kisah sgt, tapi yang kisah nya bila
diorng cakap tak tapis.maksud tak tapis kat sini ni iaah ada unsur
yang x sepatut dia sebut.tetiba je dia mencarut..dah la sebut mak dia
punya "privet part"..macam ne la kalau dia sebut benda tu depan2 mak
dia..agak2nya apa la dia dapat..maybe 5 jari hinggap kat muka dia..tak
pun kena tonyoh cili api kat mulut dia..

ok..balik pada kisah budak tu kan,bila kita pikir balik,tergamak betul
dia sebut perkataan tu tanpa segan dan silunya di khalayak ramai..yang
si budak A ni kata kat si budak B "P***MAK KO"..yang si budak B ni
jawab, " asal P***MAK aku lak..P***MAK mak ko la"....tengok la budak2
zaman sekarang..betapa daring nya berkata2...

dulu,masa ana kecik dulu la,ada jiran ana ni..dia gaduh2 dengan mak
dia..pastu dia terlepas cakap kat mak dia.."mak gile"..pastu,mak dia
trus pergi dapur,ambik cili api,dia sental cukup2 kat mulut anak
dia..anak dia cakap gitu,tapi tindakn mak dia macam keras sikit.tapi
atas tindakan mak dia mengajar anak tu,ada kesan tau.anak dia tak
penah sebut gile ke,bodoh ke kat sapa2 pun.sebab dia ingat apa mak dia
buat..pastu,mak dia cakap kat anak dia,

"dosa tau adik cakap mak mcm tu..mak lahir kan adik.sanggup adik cakap
mak gila.ALLAH marah tau kalau adik buat mak sedih.mak syg adik..mak
xnak ALLAH marah adik atas kelalaian mak menjaga adik.walaupun
perkataan gile tu tak mencederakan mak,tapi mak nak adik tau,jika mak
x ajar adik sekarang,nanti adik akan lebih biasa cakap benda2 yang
lebih dahsyat kat orang lain nanti"...


macam sebelum ni ,kalau x silap ana,ana ada cerita kot,yang ada budak
tu cakap kawan dia babi.pastu kwn dia angin la kan kwn dia kata
gitu.tp,nak sejuk kan ati si kwn yg tgh marah tu,dia ckp.."ala,babi tu
kan nama binatang"...hehehe..wlupun boleh tahanjugak la nak
tergelak..tapi,secara nyata nya pekara ni perlu la di ambil
serius..SEBAB KATA2 MELAMBANGKAN DIRI INDIVIDU YANG BERKATA2...tapi
kalau budak2 yang cakap merepek2 macam tu..org salah kan
sapa???semestinya IBU BAPA MEREKA dipersalahkan..betul x??mesti org
akan kata,"ni mesti mak bapak tak ajar"...ini normal..

kadang2 org salah kan mak bapak dulu sebab mungkin kadang2 bila si ibu
atau bapa marah kat anak2 tu,mungkin akan terkeluar sikit perkataan
tak elok..so,anak2 pun ikut.tak pun kadang2 emosi terlampau bila
tengok cerita2 kat tv,pastu terkeluar kata2 x elok didengari,pastu
anak dengar..anak pun praktis sebut sebab dia pikir "kalau mak ayah
aku sebut,apa salah nya aku sebut".pastu bila dia bersama kawan2 dia
mula la menyebut benda tak elok tu pada kawan2 dia..pastu,secara tak
langsungnya,perkara ni tersebar luas...

apa2 pun..cube kita pikirkan sejenak cara2 yang terbaik untuk mgatasi
perkara macam ni..walaupun perkara ni kemungkinan agak sukar untuk di
lesapkan..tapi mungkin boleh kita kurangkan..InsyaALLAH..tapi benda ni
bukan budak2 je kurang ajar dalam bertutur kata,tapi orang dewasa yang
berotak pun kadang2 acam hilang akal bila berkata2..KURANG
FIKIR,KURANG ZIKIR..renung2 kan..selamat
beramal..

" Benar... kadang-kadang untuk menyeru kepada kebaikan agak sukar
kerana sesetengah orang akan lebih nampak kepada keburukan. Namun
begitu, kita boleh terus berusaha dan istiqamah dalam berdakwah.
Berdakwah tidak semestinya melalui lisan, tetapi boleh juga melalui
perbuatan. kadang-kadang apa yang kita buat lebih memberi kesan
berbanding dengan apa yang kita cakapkan"

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca