RHB Auction Di Hotel Renaissance


Assalamualaikum. Akhirnya dapat jugak menulis kat blog ni. Sejak blogspot dah kena block kat office nih, dah susah la nak berblog. Maybe lepas nih kene belajar update blog pakai email pulak.

Anyway, nak cerita pasal RHB Auction sabtu lepas. Macam dalam blog TuanBri & Fariz, ramai orang yang kecewa sebab banyak property dah call off, termasuk la property yang aku nak bid. Tapi aku terjumpa satu property yang sama tempat dengan property yang mula2 tadi. So aku try la masuk bid property tu.


Lama jugak menunggu turn bidding. Sambil2 tu borak2 la dengan member baru yang kebetulan memang nak bid property yang sama. Hasil risikan mengatakan bahawa mereka nih memang tokey area Kota Damansara. So susah jugak nak menang lawan diorang nih sebab dah ada duit banyak la katakan. Siap cakap kat aku yang rumah yang dia bid nih dah ada penyewa. Taktik yang bagus tu. Insha-Allah akan dipraktikkan...

Property aku tu adalah apartment Gugusan Dedap kat seksyen 11. Rasanya betul2 depan carrefour yang baru bukak tu. Walaupun tingkat atas, tapi member aku yang menang bid tu dapat sewakan apartment tu dengan harga RM650. Tinggi jugak rate tu. Apt tu naik dari harga RP 45k ke 69k. Tahniah la untuk Fathul.

Sabtu ni ada auction lagi, dan property di KD akan diauctionkan lagi. Harap dapat jumpa Fathul lagi.

Ok la. Nanti aku upkan gambar yang aku tangkap masa auction hari tu. Problem pulak nak upload gambar...

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca