Sessi Lelongan Resolution Alliance Sdn Bhd


Assalamualaikum...


Sessi kali nih, aku mencuba nasib untuk membida sebuah apartment di Nuri Court, Pandan Indah. Aku sendiri dah tengok condition rumah tu secara kasar saje. Rasa2 rumah tu boleh diduduki. Dari luar takde tanda2 kerosakan yang teruk.


Hari lelongan, aku daftar awal. Takde tunggu2 lagi. Lepas daftar, aku saje2 la tengok auction listing kat board. Tetiba ada sorang abang tu datang tanya aku soalan macam2.


"Adik nak bid rumah dekat Rawang ke?" katanya.


"Tak bang..." kata aku sambil terus tengok listing tu.


Lepas tu aku terus pegi amik air teh yang disediakan. Tengah2 buat tu, abang tu datang lagi...


"Adik bid rumah kat Beranang ke?" tanya dia.


Aku malas la nak layan lama2. Terus aku cakap


"Tak bang, saya bid rumah kat PJ" tipu aku.


Terus aku amik cawan aku & duduk dalam group orang ramai. Terus dia tak datang tanya aku lagi. Aku rasa dia macam nak offer aku something, tapi aku malas nak layan orang macam nih. Nanti banyak soal jawabnya.


Time bidding dah sampai. Amik seat belakang. Auctioneer start dengan property yang banyak pembida. Satu demi satu dia lelongkan. Akhirnya sampai ke property yang aku nak bid. Aku sorang je yang bid property tu & menang RP 90k. Alhamdulillah, langkah kanan hari ni...


Lepas tu borak2 dengan TuanBri, Faris, Maarip & Nija. Dapat kenalan baru & harap2 dapat belajar dengan diorang ilmu2 lelongan lepas nih...


Lepas nih aku akan cerita pasal carik loan pulak.


Layan dulu gambar2 nih...

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca