Tabung Haji Bebas Dari Syubhah. Yeke???

Alahai...duit tabung haji pun diorang nak campur adukkan dengan benda syubhah ke?

----------------------------------------------

dari: Utusan Malaysia

Lantik badan siasatan bebas


Hanafiah Ahmad


KUALA LUMPUR 7 Mac – Lembaga Tabung Haji (TH) didesak supaya melantik sebuah badan akauntan bebas yang berwibawa dan profesional untuk menyiasat secara terperinci segala aktiviti pelaburannya dan anak-anak syarikat.

Bekas Pengerusi dan Pengarah Besar TH, Tan Sri Hanafiah Ahmad berkata, siasatan itu perlu disegerakan kerana terdapat banyak aktiviti pelaburan lembaga itu yang dipersoalkan oleh para pendeposit yang kini berjumlah 5.1 juta.

Hanafiah berkata, TH merupakan sebuah institusi yang dimiliki oleh orang ramai khasnya umat Islam dan pihak pengurusan tertinggi perlu tampil untuk memperjelas dan menunjukkan bahawa segala urusan pelaburannya telus.


Beliau menegaskan, terdapat banyak perkara kini dipersoalkan oleh para pendeposit terbaru melibatkan Petra Perdana, pelaburan dalam syarikat-syarikat tertentu seperti Ramunia, Silver Bird dan Lityan serta di sektor perladangan bernilai berbilion ringgit di Indonesia.

Hanafiah berkata, TH sebelum ini pernah bercadang untuk memiliki hotel di London, United Kingdom tetapi tidak menjadi kenyataan.

‘‘Soalnya kenapa boleh timbul cadangan untuk memiliki hotel di negara itu sedangkan keutamaan perlu kepada pemilikan tempat penginapan di Arab Saudi yang akan memudah dan menyenangkan umat Islam menjalankan ibadah haji,’’ katanya.

Beliau khuatir keghairahan pengurusan lembaga itu dalam pelaburan menyebabkan tujuan asal penubuhan firma itu dilihat tersasar lebih jauh.

‘‘Saya memang takut melihat keghairahan mereka melabur.


‘‘Jangan membuat pelaburan ala koboi kerana ditakuti institusi ini ‘runtuh’ sekiranya ia tidak dipantau dan dikawal,’’ kata beliau kepada Utusan Malaysia di sini.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca