5 Sebab Pengurusan Kewangan Yang Tidak Terurus - Bhg. 2


Sambungan dari bahagian 1...

------------------------------------

-Mengharapkan bantuan orang lain-
Agak pelik namun inilah yang berlaku. Ramai orang mengharapkan bantuan orang lain mengenai hal ehwal kewangan. Tidakkah anda dapat menangkap dimana peliknya? Oleh kerana ramai yang melakukannya, kita tidak merasakan ia sebagai sesuatu yang janggal. Mereka handal dalam bidang masing-masing tapi apabila berkaitan pendapatan, pelaburan, saham atau wang, tiba-tiba kita menjadi seperti budak kecil yang menunggu disuapkan. Orang kata makan dan kita pun makan. Orang kata labur dan kita hanya menurut sahaja. Orang kata saham inilah yang terbaik dan kita pun percaya bulat-bulat.

Pengetahuan mengenai hal berkaitan perancangan kewangan dan instrumen pelaburan terbuka untuk semua. Dapatkannya dan suapkan sendiri ke mulut. Kenapa perlu tunggu orang lain menyuapkan pula? Melainkan anda memang kurang upaya, bahkan orang cacat sekalipun masih tahu untuk berusaha sendiri. Siapa yang anda nantikan untuk menguruskan wang anda itu? Kerajaan, kawan rapat, remiser, ejen hartanah ataupun wakil insurans? Kalau anda pernah mendengar nasihat ini sebelumnya - bahawa tiada orang lain yang lebih mengambil berat mengenai wang anda melainkan anda sendiri.

-Tidak memulakan langkah-
Pepatah lama orang-orang cina ada berbunyi – pengembaraan yang beribu batu jauhnya bermula dengan langkah pertama. Ia ternyata benar sekali.

Bagaimanakah cara anda tiba ke tempat kerja setiap hari? Beraneka jawapan yang boleh diberikan. Menaiki kereta peribadi, pengangkutan awam, motosikal, menumpang kawan dan sebagainya. Itu caraya, tapi ada satu yang tetap serupa untuk setiap orang dan apakah itu? Persamaan itu ialah kita semua memulakan langkah. Andainya tidak melangkah, anda pasti tidak dapat menggunakankan kenderaan dan juga lain-lain cara itu tadi.

Terlalu ramai orang ingin kaya cepat tapi tidak ramai yang berani memulakan langkah. Pelbagai alasan diberikan. Tiada masa, tidak tahu hendak mula dimana dan takut melakukan kesilapan adalah di antaranya. Saya tidak mahu membidas alasan-alasan itu di sini. Sudah tentu alasan ini munasabah bagi mereka. Sebab itulah ramai yang menerimanya. Tapi tuan-tuan, lebih lambat anda memulakan langkah sebenarnya lebih banyak kesempatan-kesempatan baik yang anda lepaskan. Kesempatan itu pula mungkin dalam bentuk masa melabur yang baik, badan yang sihat, waktu yang lapang, keadaan pasaran yang sesuai atau harga yang rendah. Tapi anda masih di situ tanpa memulakan langkah. Tidak perlu saya mengingatkan sesiapa bahawa yang anda akan kekal di situ selamanya. Anda tiada pergerakan dan tidak kemana-mana.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca