Kenapa Usaha Berjimat Selalu Gagal? - Bhg. 2



4) Tidak tahu teknik yang betul untuk berjimat

Apakah yang dimaksudkan dengan teknik yang betul di sini. Teknik penjimatan yang betul adalah teknik penjimatan yang mampu mencapai matlamat penjimatan anda. Yang benar-benar menghasilkan wang bagi anda. Tanpa teknik yang betul sekali lagi usaha anda akan jadi sia-sia belaka.


5) Terpaksa ubah cara hidup seharian secara drastik

Manusia memang sukar untuk mengubah kebiasaan dalam hidup mereka. Seringkali yang terjadi apabila suatu perubahan yang ingin dilakukan ianya tidak kekal lama dan akan kembali kepada amalan asal. Inilah juga yang berlaku pada mereka yang cuba melakukan penjimatan mengikut teknik-teknik yang mengarahkan mereka ubah cara hidup secara mendadak. Ya, tidak dinafikan untuk berjaya perubahan diri kepada kebaikan haruslah ada perubahan namun perubahan secara mendadak akan menyebabkan segala usaha penjimatan gagal!


6) Anda tidak mampu disiplinkan diri anda akibat sering gagal

Disiplin diri merupakan perkara terpenting dalam usaha anda melakukan penjimatan. Namun bagaimana anda mampu disiplinkan diri anda jika usaha penjimatan anda tersebut seringkali menemui kegagalan. Untuk itu anda perlukan satu panduan penjimatan sebenar, bukan setakat panduan tetapi panduan yang boleh membawa anda ke satu jalan penjimatan yang benar-benar berkesan dan yang penting ianya realistik untuk dilakukan.

------------------------------------------------------

So, harap korang dapat la manfaat & set balik strategi korang untuk berjimat. Memang susah nak berjimat kalau tak pandai nak kontrol, tapi untuk kebaikan korang jugak kan...

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca