Kenapa Takut Nak Melabur Dalam Hartanah?

jutawan, hartanah, kaya hartanah(gambar hiasan)

Assalamualaikum semua...

Masa aku nak mula nak berjinak-jinak dalam pelaburan hartanah nih, macam-macam perkara yang telah membuatkan aku teragak-agak & takut-takut untuk meneruskan hasrat aku ni. Antara perkara yang telah membuat aku rasa 'down' bila nak beli hartanah nih ialah:

1) Duit aku.

Yelah, nih la perkara pertama yang membuat aku rasa ragu2. Boleh ke tidak aku nak melabur dalam bidang hartanah nih.

2) Orang sekeliling aku.

Bila aku cerita kat diorang yang aku nak melabur dalam hartanah nih, diorang mesti kata macam2 punya. Ada yang kata, nanti takde orang yang sewa lah, cepat bankrap lah sebab dah terlalu banyak hutang dengan bank, banyak pakai duit lah, & macam2 lagi...

3) Perasaan aku.

Yang nih memang sentiasa ada pada aku. Boleh ke tidak aku berjaya nih? Kang rugi, aku yang teruk...macam2 perkara dok bermain dalam hati aku.

Tetapi, dengan semangat & azam yang kuat, ilmu yang dipelajari serta panduan yang diberikan oleh geng2 hartanah, akhirnya aku dapat juga memecahkan dinding keagak-agakan & ketakutan aku tu.

Lepas nih aku cerita pulak kenapa hartanah, bukan melabur kat tempat lain?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca