Musim Pecah Rumah Kembali Lagi


Salam kepada semua...

Memandangkan bulan Ramadhan & Raya Puasa dah nak tiba, aku nak nasihatkan korang supaya lebih berhati-hati. Sebab ramai orang tengah carik 'passive income' dengan cara yang tak betul - pecah rumah orang...

Khamis lepas, rumah aku baru kene pecah dek orang. Habis semua almari, laci digeledah. Agak bernasib baik sebab bapak aku takde kat rumah & lebih bernasib baik lagi, masa bapak aku sampai kat rumah lepas balik dari solat, dia tak masuk rumah terus...sebab pencuri tu masih dalam rumah lagi. Allah selamatkan bapak aku...Dia lekakan bapak aku dengan datangkan kucing-kucing kat luar rumah...lepas tu bapak aku sapu2 dulu kat luar rumah tu. Ada la masa pencuri tu nak keluar rumah ikut belakang...

Apa2 pun, barang-barang kemas semua dah diambil, jumlah nilaian dalam RM5k. Kalau bapak aku lambat balik dari solat, sure barang2 lain semua dah kene sapu. Hari ni tengah tunggu orang datang rumah pasang alarm. Lepas raya, baru nak pasang tembok batu 2 kaki tinggi dekat belakang...dah rupa macam penjara je rumah aku nih...

Pesanan untuk korang, ingat2 la ye...musim pecah rumah dah kembali lagi...

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca