Pemilihan Lawyer Dan Bank

lawyer,loan bank,rumah lelong


Assalamualaikum & salam merdeka.


Ada 2 soalan dari pembaca blog aku menanyakan tentang urusan memilih lawyer & bank. Dia bertanya pada aku di mana selalunya aku berurusan dengan lawyer & bank mana yang aku pilih. Adakah aku berurusan di Melaka (sebab aku duduk kat Melaka) ataupun di KL?


Jawapan aku ialah aku selalu berurusan di mana aku selalu berada. Memandangkan aku bekerja di KL, so memang waktu siang tu akan berada di KL. Bagi aku, mudah bagi aku untuk berurusan di sana kalau2 ada apa2 yang nak bincangkan sama ada dengan pihak bank atau pihak lawyer.


Aku ada juga beli rumah untuk disewakan di Melaka, tapi masih juga memilih lawyer & bank di KL dengan sebab alasan yang sama di atas. Aku pernah berurusan dengan lawyer & bank di Melaka masa beli rumah yang aku duduk sekarang nih. Tapi tu lah, setiap kali ada urusan dengan diorang je, kena la amek cuti. Tak pasal2 cuti aku habis.


Suggestion untuk memilih lawyer & bank yang bagus untuk buat loan - ini kena berdasarkan pada pengalaman & research yang korang kene buat. Tapi aku rasa, untuk lawyer, tak salah guna bank lawyer sebab mesti bank tau macam mana service yang diorang bagi. Untuk bank pulak, kene survey la mane yang offer the best. Kalau rumah tu nak buat sewa, pilih la yang mana boleh buat the longest loan & interest rate yang best. Takleh nak rekemen bank kat korang. Tepuk dada tanya selera.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca