Projek Area Shah Alam & Bukit Jelutong

Salam semua....

Ternampak berita nih dalam utusan online. Nampaknye harga property bagi kawasan-kawasan yang berdekatan bakal naik. Tapi baru dalam cadangan lagi.

Ape lagi kengkawan. Cepat2 la survey tempat tu. Kot2 ada property yang nak dijual...

-------------------------------------------------------------

(dipetik dari Utusan Online)

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Jika anda mengagumi reka bentuk pembangunan Ion Orchard di Singapura atau Danish Pavilion struktur keluli seumpama batu tunggal yang dipamerkan di Expo Shanghai 2010, anda bakal menyaksikan tarikan yang tidak kurang hebatnya di Lembah Klang tidak lama lagi.

Ini kerana lima syarikat arkitek yang terlibat dalam pembangunan hebat akan dipanggil mengemukakan cadangan mereka untuk projek pembangunan bercampur bernilai RM1 bilion di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Sime Darby Sunrise Sdn. Bhd. (SDS) dalam kenyataannya di sini berkata, pihaknya telah menjemput The Mountain dari Denmark, Danish Pavilion, (Shanghai Expo 2010), J&H Boiffils (Siam Paragon dan Crystal Design Centre, Thailand).

Syarikat lain ialah Benoy (Ion Orchard, Singapura dan Elements, Hong Kong), DP Architects (Orchard Central dan Resorts World Sentosa, Singapura) serta Hijjas Kasturi bagi terlibat dalam mereka projek terbaharu itu.

Pengerusi Eksekutif Sunrise Bhd., Datuk Tong Kooi Ong berkata, syarikat-syarikat itu dipilih berdasarkan pengalaman luas mereka dalam pembangunan bercampur yang bersepadu, pendedahan antarabangsa dan kestabilan dalam komitmen.

‘‘Selepas berjaya menyiapkan tiga pembangunan komersial di bawah jenama Sunrise, kami yakin dapat mengulangi kejayaan di Mont Kiara di lokasi lain, sekali gus mewujudkan penanda aras bagi reka bentuk kreatif dan memenuhi pembangunan stabil bagi kualiti arkitek jangka panjang,’’ kata beliau di sini hari ini.

Pembangunan itu membabitkan kawasan seluas 8.4 hektar dan ia sebahagian dalam kawasan Pusat Komersial Bukit Jelutong (BJCC).

Projek itu dijangka mempunyai keluasan kawasan kira-kira 2.7 juta kaki persegi termasuk bangunan runcit, kedai pejabat, pejabat dan apartmen perkhidmatan.

Pemenang bagi projek itu akan mereka produk yang menjadi simbol kecemerlangan arkitek antarabangsa dan juga di peringkat tempatan.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca