Sikit-sikit, Lama-lama Jadi Bukit


Salam kepada semua...


Korang sure familiar dengan tajuk entri nih kan. Tapi tatau la bape ramai yang buat.


Aku nih jenis suka simpan syiling. So, tiap2 end of day pasti ada syiling dalam poket aku. So aku akan masukkan dalam tin susu anak aku yang dah aku jadikan sebagai tabung. Aku takde la nak pakai tabung nuri ke, tabung miki maus ke. Pakai tin susu budak pun jadi la...


Semalam aku pegi tabung haji nak bank in duit syiling yang aku simpan tiap-tiap hari dari perbelanjaan aku. Aku bawak sekali tin susu tu. Malas nak bawak keluar. Biar la orang kaunter yang keluarkan. Takde susah pun. Cuma berat sikit la...ada la berat 20 bungkus nasi lemak (aku pakai nasi lemak sebab aku selalu bawak nasi lemak ke office aku...buat jual la) So, korang agak bape banyak yang aku dapat dalam masa 6 bulan? Kira punya kira pakai mesin kira duit syiling tu, dapat la dalam RM437.75. Kira banyak la tu~!! Last 6 months aku dapat dalam RM508.65. Nak cover insurans kete aku pun lepas.


Pengajarannya, amalkan la sikap menabung tanpa sedar nih. Memang betul pun kata pepatah, sikit2 lama2 jadi bukit.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca