Apa Faedah Melabur Dalam Hartanah?

rumah sewa, jutawan hartanah, duit sewa, pelaburan hartanah
Gambar hiasan

Assalamualaikum semua.

Ramai orang yang terdekat dengan aku dok tanya soalan, bagi suggestion, dan pada masa yang sama menghemburkan kata-kata yang menakutkan aku pada masa yang sama masa aku mula2 nak ceburkan diri dalam pelaburan hartanah nih. Mula-mula dia tanya dulu:

"Apsal nak buat rumah sewa?"

Dan sambungan dari soalan tersebut:

"Labur aje la dalam asb ke, tabung haji ke...kan senang. Tak payah pening kepala..."

Pastu ending dia sure macam gini:

"Kalau orang tak bayar sewa ke, rumah rosak ke, hutang installment tak bayar ke...tak takut ke?"

Confirm korang pernah dengar kan?

Bila diorang cakap macam tu kat aku macam tu, aku terus sambut dengan senyuman sambil kata:

"Banyak faedahnya kalau buat rumah sewa nih..."

Lalu aku cakap satu persatu faedahnya seperti berikut:

1) Duit sewa boleh dinaikkan mengikut pasaran.
- Harga sewa nih aku rasa akan naik kalau kene pada tempatnya. Makin tinggi harga sewa naik, makin banyak lah duit sewa yang ko akan dapat padahal duit bayaran installment maintain sama je.

2) Orang sewa yang bayar duit installment.
- Orang bayarkan duit installment untuk rumah aku. Makna kata, rumah tu free2 je korang punya.

3) 'Dividen' aku dapat tiap-tiap bulan.
- Bila orang comparekan dengan ASB, tabung haji, aku cakap kat diorang, "yela, yang tu dapat dividen setahun sekali, tapi rumah sewa dapat 'dividen' tiap2 bulan." Malah kalau korang nak buat tiap-tiap hari pun boleh, tapi  kene ada 30 bijik rumah la, then spread out hari bayar duit sewa.

4) Boleh duduk sendiri kalau nak.
- Maksud yang jelas.

5) Boleh cagarkan kepada bank.
- Maksud yang jelas juga.

6) Boleh dapat duit lebih masa re-installment nanti.

Bab pasal orang tak bayar sewa tu, boleh mintak tolong lawyer uruskan. Bab rumah rosak tu, tengok la macam mana. Dalam agreement kene letak siap2 kalau tenant yang rosakkan, duit deposit takleh nak dapat balik. Bab hutang installment tu, ape nak dirisaukan. Tenant ko yang dah coverkan.

So, korang yang takde rumah sewa tu, bila nak join kitorang?

1 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca