Dah Bayar Zakat Ke Belum?

zakat,puasa,amil

Salam kepada semua...

Alhamdulillah, hari nih company aku bagi bonus. Bila mula2 tengok amaun tu, dalam kepala aku dah terbayang macam2 benda yang aku nak beli.
Tambahan pulak sekarang nih kat lobi bangunan tu Sony tengah buat showroom sale kat bawah tu. Mula la gatal2 nak beli tv la, kamera la, camcorder lah...tapi aku fikirkan, sayang pulak kat duit bonus aku nih. Kerja keras selama setahun, nak dibuang dalam masa sehari dua je...memang tak berbaloi. So, kena fikir-fikirkan dahulu...

Bila cerita pasal bonus nih, perlu diingatkan yang dalam bonus kita tu, ada hak orang lain. So, bila dah dapat bonus tu, tolakkan la siap2 zakat pendapatan korang. Macam aku, gaji bulanan dah buat standing instruction untuk zakat. Cuma bonus dia tak tolakkan. Jadi amek la 2.5% daripada duit bonus tu dan bagilah kepada asnaf-asnaf yang sepatutnya. Kalau korang ada sedara mara yang miskin, kais pagi makan petang tu, lebih elok kalau bagi kat diorang dulu. Lagi-lagi time nak raya nih. Sure diorang pun gembira nak sambut raya. Ingatlah, rezeki korang takkan berkurangan, malah makin bertambah. Itu la janji Allah kepada kita.

Perlu diingatkan yang zakat nih perkara wajib. Ada orang yang kuat bersedekah, tapi tak bayar zakat. Itu tak betul tu. Hak sunat buat, tapi hak wajib tinggal. Serupa la macam pakai kopiah tapi tak sembahyang!

Lagi satu, jangan lupa bayar zakat fitrah jugak. Kurang seminggu je lagi nih. Kalau taknak bayar kat amil pun takpe. Boleh bagi pada sedara mara yang miskin jugak. Cuma tak dapat resit je la. Hehe.

Ok lah. Selamat membayar zakat!

2 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca