Rumah Sewa Di Taman Cheras Intan


Assalamualaikum semua.

Sambungan dari entri aku yang lepas - Cari Rumah Sewa Di Cheras / Hulu Langat - alhamdulillah, aku dah dapat rumah sewa di Taman Cheras Intan. Susah jugak nak cari rumah sewa dalam RM 500-600 kat sini. Merata aku mencari sampai ke Batu 14 Hulu Langat. Ada sekali aku tengok iklan dekat Mudah.com.my, ada rumah nak sewa RM600 tapi sqfeet dia besau...1.4sqft. Bila aku call, sekali dia kata rumah kedai daa...terus tak jadi.

Jadi, insha-Allah aku akan jadi warga Taman Cheras Intan, Batu 9 Cheras mulai bulan 11 nanti. Dulu aku memberi sewa kepada orang. Sekarang aku pulak yang menyewa dengan orang. Hehe.

Tak dilupakan, ucapan terima kasih kepada bakal tuan rumah aku bro Fadzil kerana menyewakan apartmentnya kepada aku dengan sewaan RM520. Kalau ikutkan boleh lagi mintak jadi RM500, tapi kesian pulak sebab installment + maintenance dia dalam RM 580. Dia cakap maintenance tinggi dalam RM 82.50. So taknak la mintak rendah-rendah sangat. Harga sewaan asal dia mintak RM550, tapi kerana semangat sesama bangsa, dapat la harga murah.


Oklah, back to work.

1 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca