Tawaran Menarik Air Asia



(sumber: Utusan Meloya)

KUALA LUMPUR 7 Sept. - AirAsia Bhd. telah melancarkan promosi ‘Two to Go’ yang menawarkan pelanggannya dua tempat duduk pada harga satu tempat duduk.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, AirAsia berkata promosi itu disediakan bagi tempoh perjalanan dari 14 September hingga 15 November tahun ini.

"Promosi itu adalah ganjaran istimewa bagi peminat kerana sokongan mereka dengan promosi eksklusif melalui platform media sosial,” katanya.

Katanya, tawaran itu meliputi destinasi domestik dan antarabangsa yang termasuk Perth, London, Chengdu, Mumbai, Delhi, Bandung, Hat Yai, Colombo, Hong Kong, Langkawi, Terengganu dan banyak destinasi lain dari serendah RM19 (perjalanan sehala sahaja).

AirAsia berkata para pelanggannya boleh mendapatkan perkembangan lanjut promosi, acaranya dan maklumat lain melalui Twitter di www.twitter.com/AirAsia dan blognya www.blog.airasia.com. - Bernama

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca