Tenant Nuri Court Nak Keluar

Nuri Court
Assalamualaikum...

Kita sebagai tuan rumah sewa nih mesti seronok bila rumah korang dah dapat tenant. Tapi, macam mana pulak perasaan korang bila tenant kita nih nak keluar dari rumah kita?

Aku dapat sms dari tenant aku di Nuri Court awal pagi semalam. SMSnya berbunyi begini:

"Salam en Farid, maaf mengganggu. Saya (nama dia) penyewa rumah ingin memberi notis sebulan utk berpindah kerana saya telah ditransfer ke (tempat keje dia) Johor"

Bila terbaca tu, rase tergamam kejap. Yelah, sebelum aku ada up posting pasal masalah di Nuri Court minggu lepas. Ada jugak sikit terasa yang dia nak pindah sebab masalah tu. Lepas dapat sms tu, aku call dia sendiri dan tanyakan pasal sms dia tu. Memang betul dia akan ditransferkan atas sebab keje. Jadi, aku tanya dia bila exact date yang dia nak pindah keluar. Dia cakap dia akan bincangkan dengan wife dia dulu sebab nak kena pegi Johor dulu untuk survey rumah kat sana. Jadi aku cakap ok la.

Nak pujuk dia untuk stay pun takleh sebab hal keje kan. Jadi, aku kena prepare untuk upkan iklan Nuri Court tu lagi.

Sape-sape yang nak sewa rumah Nuri Court tu, boleh la sms @ email kat aku ye.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca