Update Tentang Rumah Nuri Court

Nuri Court Pandan Indah

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Hari ni takde ape nak diceritakan. Cuma nak cerita sikit tentang update rumah Nuri Court tu.

Memandangkan tenant aku dah bagitau nak keluar, so aku rasa aku akan repair rumah aku tu bila diorang dah keluar nanti. Aku ada advise diorang supaya call kontraktor yang aku bagitau kat diorang tu tapi si suami selalu takde kat rumah. So takkan la nak suruh orang rumah dia bagi je kontraktor aku tu masuk rumah dia. 

Sebagai peringatan untuk korang semua, kita sebagai tuan rumah memang ada hak ke atas rumah sewa kita, tetapi keizinan untuk masuk ke 'kediaman' tenant kita adalah terletak pada tenant kita. So, kita takleh nak hentam sebarang je masuk rumah sewa kita walaupun itu memang rumah kita. Itu yang Islam ajar kepada kita. Kene mintak izin jugak.

Dipendekkan cerita, rumah tu belum direpair lagi. Insha-Allah, lepas diorang keluar rumah nanti baru aku akan repair. Mungkin kena mintak tolong dari management jugak untuk tengok2kan atap genting apartment aku tu sebab tenant aku cakap macam ada tanda2 kebocoran. So, banyak jugak keje tu.

Tunggu la episod seterusnya nanti...

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca