Bajet 2011 - Skim Rumah Pertama

bajet 2011, pembentangan bajet 2011, belanjawan 2011, budget 2011

Assalamualaikum semua...

Aku tak pandai nak komen pasal bajet 2011 sama macam AE dalam entri dia. Dalam baca2 blog tu, ramai yang komen pasal Skim Rumah Pertama tu. Ada yang kata baik, ada yang kata tak bagus.

Ni aku nak share ngan korang satu email dari aku dapat dalam mailing subscription aku. Email nih cerita pasal skim rumah tu.

Jadi, ambil la point2 yang penting. Sangat bagus untuk mereka yang baru habis study & baru mula nak ceburkan diri dalam bidang pelaburan hartanah...

------------------------------------------------------------------------

Skim Rumah Pertama: Bakal Liabiliti Anda?

Bagaimana dengan belanjawan 2011 yang dibentangkan? 
Pasti ramai yang senyum dan ada juga yang tak berapa suka, tapi itu biasalah, tak semua hati boleh dipuaskan.

Saya amat tertarik dengan SKIM RUMAH PERTAMA yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri yang secara kasarnya memberi peluang kepada orang ramai yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3000 memiliki rumah pertama mereka tanpa perlu membayar downpayment 10% seperti yang menjadi amalan pinjaman perumahan sebelum ini.

Ini adalah satu langkah yang positif jika dilihat secara kolektif tetapi boleh jadi sebaliknya juga, bergantung kepada bagaimana ianya diambil.

==================================
Bagaimana Ianya Menjadi Positif
==================================

Memberi peluang kepada lebih ramai orang memiliki rumah, terutama graduan-graduan yang baru nak membina kerjaya. Mereka tak perlu lagi menunggu 
sehingga setahun++ untuk mengumpul downpayment 10% kira-kira RM22,000 dan tak perlu membazir menyewa rumah dalam tempoh tersebut.

Dalam kes ini, kita harus berterima kasih kepada kerajaan 

=====================================
Bagaimana Ianya Menjadi Negatif
=====================================

Mesti ada yang tahu skim 0% downpayment pembelian kereta kan? Apa kesan skim tersebut? Berapa banyak kereta yang ditarik oleh bank sebab kegagalan pembeli membayar bayaran bulanan.

Dalam Skim Rumah Pertama, belum diketahui bagaimana mekanisma penampan untuk mengelakkan senario yang sama berlaku kepada pinjaman perumahan. Kita tak mahu ianya berlaku kerana ianya akan merugikan dan membawa kepada bank tarik semula rumah dan siap sedia untuk dilelong..

Dalam kes ini, semua kena berjaga-jaga

===================================
Bagaimana Ianya Menjadi Peluang?
===================================

Ada beberapa peluang di sini, antaranya anda boleh membina aset pertama anda! Tapi anda perlu berfikir dengan cara yang berlainan sedikit, aset yang dimaksudkan disini;

ASET = rumah yang membuatkan duit MASUK ke poket
LIABILITI = rumah yang membuatkan duit KELUAR dari poket

Rumah yang anda beli dengan pinjaman untuk didiami jika dikira dalam definisi ini adalah LIABILITI dan rumah yang anda beli dengan pinjaman untuk disewakan adalah ASET 

Jadi anda boleh menggunakan Skim Rumah Pertama untuk membina aset anda dan membuat pinjaman yang lain untuk membeli rumah sebenar anda, tapi anda kena bijak merangka dalam kes ini kerana anda bakal mempunyai 2 rumah!

===============================================
Bagaimana membeli rumah ber'status' LIABILITI
===============================================

Rumah ini adalah rumah untuk anda diami, jika anda menggunakan Skim Rumah Pertama 0% downpayment untuk membeli, anda RUGI. Sangat RUGI. Kenapa?

.... Anda membayar lebih banyak duit 'interest'...
Lebih banyak duit anda rugi dalam jangka masa panjang...

Cara ideal untuk membeli rumah untuk anda sendiri diami dan MENGELAKKAN anda bayar 'interest' (sesuatu yang merugikan) adalah dengan;

1 - bayar downpayment tinggi
2 - pendekkan tempoh pinjaman

Lagi panjang tempoh bayaran, lagi tinggi interest, lagi banyak wang yang tak sepatutnya dibayar, lagi tinggi bank untung 

-------------------------------------------------------------------------------

Entri kengkawan lain yang komen pasal bajet:

Abang Ensem - Bajet 2011 - Yang Tersurat Dan Yang Tersirat

Sambungan cerita pasal Skim Rumah Pertamaku Di Sini - Skim Rumah Pertama Satu Liabiliti Jika...

23 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca