Guna SRP Dapat Untung Besar

skim rumah pertamaku, perlaburan hartanah, jutawan hartanah

Sambungan artikel hari ini akan memberikan anda sedikit idea bagaimana anda boleh membina ASET pertama anda dengan Skim Rumah Pertama (SRP)

Sila fahami dulu 2 artikel sebelum ini sebelum mula membaca artikel ini untuk mengelakkan salah faham. Anda boleh baca di;

artikel 1: Bajet 2011 - Skim Rumah Pertama
artikel 2: Skim Rumah Pertama Satu Liabiliti Jika...

Untuk beli rumah untuk disewakan, idealnya kontra dengan idea ideal rumah anda diami;

1 - bayar downpayment serendah mungkin
2 - panjangkan tempoh pinjaman sepanjang mungkin

Betul, 2 langkah di atas jika digunapakai dalam membeli RUMAH UNTUK ANDA DIAMI adalah satu tindakan yang amat kurang bijak kerana ianya hanya akan meningkatkan kadar bayaran 'interest' pada bank.

Tapi jika digunakan untuk membeli ASET yang akan anda jadikan sebagai rumah sewa, adalah sangat menguntungkan.

Objektif utama 2 langkah itu adalah;

i - mengurangkan bayaran bulanan anda
ii - meningkatkan 'cashflow' bulanan anda

Ok sekarang, rumah yang anda beli menggunakan approach ini akan anda sewakan, jadi sebolehnya anda mahu meminimumkan jumlah yang anda perlu bayar kepada bank. Contohnya untuk pinjaman perumahan biasa, downpayment paling minimum adalah 10% dari harga rumah. Itu paling minimum;

Sebagai contoh saya baru survey Pelangi Indah Apartment, Jalan Ipoh, harganya dalam RM150,000 dan rate sewa dalam RM800. Kiraan kasar untuk pinjaman dengan minimum downpayment 10%;

________________________________________
Harga Rumah: RM150,000
% interest: 6.3 (BLR Oktober 2010)
Tempoh pinjaman: 25 tahun
Downpayment 10%: RM15,000
Bayaran bulanan: RM895
Kadar Sewaan : RM800
________________________________________

Kiranya dengan rate ini anda hanya perlu bayar RM95 sebulan kepada bank dan apartment itu milik anda!

Tapi cuba kita panjangkan tempoh pinjaman pada bank menjadi 40 tahun, ini kiraan kasarnya;

______________________________________
Harga Rumah: RM150,000
% interest: 6.3 (BLR Oktober 2010)
Tempoh pinjaman: 40 tahun
Downpayment 10%: RM15,000
Bayaran bulanan: RM771
Kadar Sewaan : RM800
______________________________________

Huh, anda tak perlu bayar satu sen pun pada bank bahkan anda ada lebihan cashflow RM29 setiap bulan! Anda dapat sebuat apartment tanpa perlu bayar satu sen pun setiap bulan bahkan dapat duit tambahan lagi!

=======================================================
Ciput je untung rupanya...
nilai sebenar keuntungan adalah pada 'CAPITAL GAIN' ASET tersebut dalam jangka masa panjang
dan kenaikan harga sewa 5 tahun sekali
=======================================================

Tapi menggunakan kelebihan yang kerajaan beri dalam Skim Rumah Pertama, anda akan membina ASET anda tanpa perlu mengeluarkan RM15,000 untuk downpayment seperti pinjaman di atas!

Anda bermula dengan kos HAMPIR ZERO (mengambil kira minor kos guaman dan lain-lain)

______________________________________
Harga Rumah: RM150,000
% interest: 6.3 (BLR Oktober 2010)
Tempoh pinjaman: 40 tahun
Downpayment 0%: -
Bayaran bulanan: RM857
Kadar Sewaan : RM800
______________________________________

Setiap bulan anda hanya perlu bayar RM57 sahaja kepada bank dan anda memiliki rumah tersebut dengan 0% downpayment

==============================================
TAK PERLU BAYAR RM15,000 DOWNPAYMENT
HANYA RM57 SEBULAN ANDA DAH ADA ASET ANDA!

Terima kasih kepada kerajaan!
==============================================

Jangan sesekali guna SRP untuk beli rumah untuk anda diami sendiri kerana anda akan RUGI BESAR!

Guna SRP untuk bina ASET PERTAMA anda dan anda akan mendapat UNTUNG BESAR!

Harap bermanfaat dan salam ikhlas dari saya.

8 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca