Hati-hati Dengan Jenayah Kad Kredit

(sumber gambar: Kosmo)

Assalamualaikum semua,


Just nak share ngan korang pengalaman kawan @ big brother aku pasal penipuan kad kredit baru-baru ni. Harap-harap, korang boleh ambil action yang sepatutnya bila dapat panggilan-panggilan sebegini.

--------------------------------------------------------------------------------

(sumber: Kelab Sahabat Siti Khadijah)

Semalam (28/09/2010) lebih kurang jam 4.30 pm , saya telah menerima panggilan daripada MBF Master Card HQ yang menanyakan samada betul atau tidak saya ada menelefon mereka untuk menaikan limit kredit kad saya. Saya menafikan lalu bermulalah dialog seterusnya ...

Mereka memaklumkan bahawa saya adalah pemegang kad kredit MBF Mastercard dan menurut mereka rekod menunjukan bahawa bahawa saya ada berhutang dengan mereka melalui penggunaan kad kredit yang tidak pernah saya miliki ini. Jadi bila kita nafikan sebab kita tidak memilikinya maka mereka memaklumkan bahawa dokumen saya telah disalahgunakan. Jadi saya kata apayang harus saya lakukan ...almaklumlah sapa nak bayar sejumlah wang yang besar yang tidak pernah kita gunakan itu . Lapor polis ? Nada memujuk pula timbul ...encik jangan bimbang kalau betul encik tak guna maka saya nasihatkan encik buat laporan ke Pusat Pengurusan Kad Palsu di Bank Negara ...nanti saya bagi no telefonnya tapi sebelum encik sila catatkan butiran-butiran berikut agar mudah encik buat laporan , setelah encik buat laporan minta pihak bank negara untuk hantar surat pengesahan kepada MBF HQ agar kami boleh batalkan kad kredit palsu encik ini ...

Saya pun mengambil catatan ...

No kad MBF Mastercard 5419120077336480
Jenis : Gold Card
Tarikh mohon : 4/06/2010 di Kota Kinabalu Sabah
Kredit Limit : RM 10,000.00
Alamat kad : Lot 219 , Jalan Pantai 88000 Kota Kinabalu Sabah
Tarikh penggunaan kad : 5/7/2010 RM 8500.00 di Indonesia

No telefon Pusat Pengurusan Kad Palsu Bank Negara 03-27727326

Nampaknya saya kena buat laporan esok sahajalah sebab jam dah menunjukan pukul 5 lebih. Dengan yakinnye mereka menyatakan bahawa pusat pengurusan ini ditutup pukul 6 sebab ini kes penting.

Kebetulan pula pada hari tersebut memang banyak betul dugaan yang menimpa diri ini ditambah pulak dengan masalah RM 8500 ni maka saya pun mendaillah nombor Pusat Pengurusan Kad Palsu Bank Negara tersebut ..

Selamat Petang Pusat Pengurusan Kad Palsu Bank Negara ..boleh saya bantu encik .
Saya nak buat laporan penggunaan kad kredit palsu atas nama sayalah encik .
Kalau encik nak buat laporan maka saya kena aktifkan pita rakaman ini bagi merekodkan segala laporan encik boleh ?
Boleh saya jawab ...ok pita rakaman telah kami aktifkan sila berikan nama dan no telefon encik. Encik letakkan telefon nanti pita rakaman kami akan panggil balik encik .

Tak lepas tu betullah , mereka memanggil saya balik dan lepas tu mula dia merekodkan segala laporan saya dari A - Z kononnya ...
Caranya memang agak pro macam polis menyiasat dengan soalan-soalan yang dikemukakan .
Dipendekan cerita ...
Ok encik , pihak kami akan menyiasat dalam tempoh 3 hari dengan kerjasama pihak polis dan bank dan dalam tempoh ini encik jangan cerita pada sesiapa pun kerana ia mungkin kerja rakan baik encik dan bla bla bla ...
Hujungnya ...
Bagi melindungi encik , pihak kami ada menyediakan skim perlindungan untuk membantu encik sekiranya terjadi apa-apa penipuan keatas kad dan akaun bank encik yang lain . Oleh itu kami perlukan maklumat daripada encik untuk memudahkan kami memantau sekiranya ada bla bla bla ...yang semua itu cuba menyakinkan kita dengan mereka.
Dia minta nama bank , kad kredit bank mana pakai , ada guna online banking ke ? Last-last tu dia minta kita 4 no kad kredit kita , lepas tu dia minta pula semua digit kad ATM yang kita ada . Bila sampai tahap ni hati saya dah berdetik dan was-was ? Alhamdulillah tuhan masih nak selamatkan saya kerana saya hampir percaya dengan mereka dan kebetulan pelanggan saya sudah Q kat kaunter nak beli barang dan mereka memberikan hint agar tidak memberikan nombor-nombor yang diminta lalu bila dia tahu saya dah mula tak percaya ...maka terkeluarlah kata-kata berikut ...kalau encik tak percaya encik boleh buat laporan polis dan saya tunggu laporan polis encik lalu terputuslah talian tersebut toot , toot , toot
Hati rasa tak sedap lalu terus telefon pusat khidmat Bank Islam lalu saya ceritalah kejadian tadi dari A - Z. Syukurlah encik kata eksekutif khidmat pelanggan yang melayani panggilan saya tu. Nasib encik baik kerana sudah ramai yang telah tertipu terutamanya wanita. Jadi itulah sedikit sebanyak yang perlu diceritakan ....kalau nak diikutkan panjang lagi tapi paling penting mesej yang disampaikan dapat difahami ..

Jadi jika ANDA menerima panggilan yang serupa atau seakan-akan serupa yang mungkin bertukar mungkin skripnya .....
Jadi JANGANLAH PERCAYA !

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca