Kerja Baikpulih Nuri Court Bermula

Nuri Court
Assalamualaikum semua...

Baru la aku dapat berblog hari nih. Semalam sibuk dengan majlis kenduri arwah, so tak dapat la nak share cerita pasal Nuri Court yang dijanjikan hari sebelumnya.

Aku dah pegi check dah rumah Nuri Court jumaat lepas. Tenant pun dah keluar. So senang la nak buat keje. Alhamdulillah, kerosakan yang diceritakan oleh tenant aku pada entri yang lepas takde la seteruk yang aku bayangkan. Actually, kayu yang support lampu kalimantang bilik tidur rumah tu dah patah. Takde siling asbestos yang jatuh. Jadi, kos repair tu kecil saje.

Bro Asrul, kontraktor aku, datang tengok dengan bawak tangga dia. Ingatkan nak repair lampu saje. Tapi dia tak sangka yang banyak lagi benda yang aku nak mintak tolong dia buat. Jadi, dah discuss dengan dia, so dia pun agree yang dia akan buat repair2 yang lain.

Banyak benda yang nak dibetulkan. Antaranya:

- betulkan lampu kalimantang tu
- pasangkan kipas siling kat master bedroom
- betulkan lampu 2 bilik air
- betulkan pam tandas 2 bilik air

Jadi, aku serahkan keje kat bro Asrul. Target dia nak buat hari Isnin. Aku target tenant masuk awal bulan 11 nih. Tapi lagi awal siap, lagi bagus. Boleh la bakal tenant datang tengok rumah tu nanti.

Nanti aku update lagi.

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca