Kira Dulu Commitment Korang!

loan commitment, loan bank


Assalamualaikum semua.

Tajuk yang amat penting untuk diperhebah-hebahkan.

Kalau korang nak beli rumah ke, masuk bidding ke, buat loan ke, better korang buat persediaan dulu untuk kira current commitment korang sebab dengan benda nih, at least korang dapat agak la boleh lepas ke loan application korang.

Contoh di bawah adalah real-live example untuk kira-kira commitment (aku punya la tu):

Current Commitment
*Housing loan 1 = 487
*Housing loan 2 = 398
*Housing loan 3 = 227
*Car loan 1 = 254
*Personal loan 1 = 313
*Personal loan 2 = 250
*Credit Card 1 = 5% x credit limit (12000) = 600
*Credit Card 2 = 5% x credit limit (8000) = 400
*Total Debt = 2929

*Gaji = 4756

*Side income 1 (rental) = 650
*Side income 2 (rental) = 350
*Total Income = 5756

Debt to Income Ratio = (2929 / 5756) x 100 = 50.88% 


Selalunya, bank akan set current commitment tak boleh lepas dari 65-75%, bergantung kepada bank / jenis loan yang korang nak buat. 

Jadi, buat lah kira-kira dulu sebelum apply loan korang. Perlu diingatkan, semua side2 income yang korang dapat kena la disertakan sekali statementnya bila apply loan nanti. Boleh jadi bukti yang korang betul2 ada monthly side income. 

1 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca