Nak Buat Rumah Homestay Taman Seri Duyong

idea rumah homestay


Assalamualaikum semua.

Seperti yang korang tau, aku nih duduk kat melaka, tapi hari2 ulang alik kerja ke kl. Korang pun tau yang aku akan berpindah ke kl balik bulan 11 nih (walaupun hati rasa tak best sebab kena mengadap balik hiruk pikuk kehidupan kat kl tu ...huhu). tapi apa kan daya, hidup perlu diteruskan dan negeri melaka ini harus aku tinggalkan.

Jadi, bila aku cerita kat kengkawan sekerja aku yang aku nak pindah ke kl balik, firstly diorang frust sebab lepas nih dah takde lagi nasi lemak duyong dijual oleh aku...hehe. secondly, diorang akan tanya,

"Camne dengan rumah kau sekarang? Nak jual ke?"

Pada mulanya, aku nak sewakan aje rumah nih dan aku rasa kalau korang kat tempat aku pun mungkin akan buat benda yang sama.

Tetapi, masa open house tadi, ada pakcik aku suggest aku jadikan rumah aku ni sebagai homestay. Dia ceritakan kat aku yang jiran depan rumah dia ada buat homestay. dia bagitau lagi yang ada 2 biji rumah yang sederet dengan rumah dia dibuat homestay. aku ngan pakcik aku nih dok setaman je.

Aku cakap kat dia, 

"Bukan tak mau buat homestay, tapi ada sambutan ke kalau aku buat homestay nih?"

Dia cakap,

"Jangan risau, jiran pakcik kat depan rumah tu buat homestay. rumah dia sentiasa ada orang nak duduk bermalam."

Itu telah menaikkan sedikit semangat aku nak buat homestay, tapi still tak terlalu convince tentang sambutan orang nak datang kat sini memandangkan lokasi kawasan perumahan aku nih tak berapa strategik untuk dibuat homestay jika dibandingkan dengan kawasan Taman Tasik Utama dan kawasan Ayer Keroh. Lalu dia menjawab,

"Itu tak perlu dirisaukan. Kita jangan fikir yang homestay nih cuma nak target customer yang nak datang untuk bercuti saje. Kita kena pikir customer yang datang tu atas tujuan nak hadiri majlis kenduri kahwin. Lagipun tak semua yang mampu nak dok menginap kat hotel. Jadi, dia carik la kat internet pasal rumah2 homestay nih..."

Betul jugak katanya. Bapak aku pun sokong dengan idea tu. Bapak aku tambah lagi,

"Sedara mara kita nih ramai anak-anak dia yang belum kahwin lagi. Jadi, kalau dah ada majlis kenduri kahwin nanti, boleh la sedara mara nih rekemen rumah homestay Farid. Ayah pun boleh tengok2kan rumah tu kalau ada apa2 maintenance yang nak kene buat."

Terus mencanak semangat aku nak buat homestay. Sebelum nih, dari tak pernah terpikir pun nak buat homestay, sampai bercita2 nak buat homestay. Alhamdulillah, moga Allah permudahkan urusan aku nanti. 

Jadi, lepas bulan 11 nih, kepada sesiapa yang nak datang melaka tu, boleh la consider rumah homestay aku nih sebagai tempat penginapan korang ye. Tunggu la iklan rumah homestay Taman Seri Duyong 2 kat blog aku nih nanti ^_^.

8 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca