Nak Tengok Rumah Nuri Court

jutawan hartanah, nuri court, pelaburan hartanah
Nuri Court
Assalamualaikum semua...

Seperti mana dalam entri aku yang lepas, proses pembaikan Nuri Court masih berjalan. Bro Asrul dah beli barang-barang yang diperlukan semalam. Dan hari nih baru nak start buat keje. 

Semalam, aku try tengok market Nuri Court nih sama ada masih hot lagi ataupun tidak. Jadi, aku upkan iklan di portal tempat keje aku. Aku tak upkan iklan dalam website Mudah.my macam yang aku buat sebelum nih sebab aku dapat agak yang kalau aku upkan kan sana, sure semalam aku jadi operator, layan panggilan orang je. Tak cukup tangan nak layan panggilan orang. Kawasan hot la katakan.

Sangkaan aku tepat. Pagi aku upkan, tengahari dah ada orang call nak tengok rumah. Alhamdulillah, ada rezeki aku. Nama dia bro Karim. Sama tempat keje dengan aku gak, tapi floor lain. Dia nak duduk sekali dengan member dia. Sebelum nih dia duduk kat apartment kat PWTC, tapi dia dengan member dia dok sebilik. So, diorang decide nak duduk satu rumah pulak. Takde privasi katanye kalau dah share rumah dengan orang lain. Faktor lokasi rumah yang berdekatan dengan stesen LRT menjadi alasan kenapa dia nak sangat tengok rumah aku nih.

Aku janji dengan dia kalau nak tengok rumah, boleh datang lepas waktu keje. Aku pun terpaksa arrange dengan bro Asrul supaya dia datang lepas waktu keje jugak sebab kunci spare aku dah hilang. Harap-harap dia tak kisah la.

Ok lah, update later...

3 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca