Nuri Court Yang Hot

Iklan Nuri Court
Assalamualaikum semua...

Nak update pasal rumah sewa aku kat Nuri Court tu.

Nak dijadikan cerita, dalam entri aku yang lepas, aku ada cerita yang ada budak tempat keje aku nak tengok rumah tu. Jadi, hari khamis lepas keje tu dah janji dengan budak tu nak jumpa kat Nuri Court. Entah macam mane hati aku tergerak nak telefon dulu budak tu, just nak make sure yang dia akan datang tengok rumah. Tapi sekali dia cakap dia tak jadik nak tengok sebab ada member dia ajak dia dok sekali dengan dia. Panas jugak hati aku dengau...kalau tak jadik tu, telefon la aku, bagitau yang dia tak jadik nak tengok. Kalau tak, terlopong la aku sengsorang tunggu dekat Nuri Court tu.

Aku baru amek kunci dari bro Asrul ahad lepas. Jumpa dia dekat nuri court dalam kol 9:30 pagi. Lepas dah tengok semua kerosakan dah dibaiki, aku pun balik la rumah & terus tido sebab penat. aku kene standby untuk activity kat office aku dari tengah malam sampai ke pagi ahad.

Hari isnin, aku prepare iklan nak letak dalam mudah.my. Submit pukul 9 pagi, kol 11 pagi iklan aku dah keluar dalam mudah. Sekali kol 11:30 pagi, aku dapat call menanyakan pasal Nuri Court. Memang betul2 hot! Aku terima lebih kurang 10 panggilan sebelum aku tarik balik iklan kat mudah.my tu kol 6 petang. 7 jam je up iklan, dah dapat 10 orang~!!

Dari 10 orang tu, 3 orang janji nak tengok rumah pada hari Selasa. Sorang tengok time lunch, 2 orang tengok lepas office hours. Dipendekkan cerita, alhamdulillah, rumah Nuri Court telah selamat disewakan. Tenant baru aku (newlywed couple) akan masuk ahad ni.

Begitulah cerita untuk rumah Nuri Court aku. Harap jodoh rumah Nuri Court aku dengan tenant baru nih berkekalan lamanya (dengar2 dia nak dok dalam 3-4 tahun...seronok pulak dengar, tapi takde beri harapan sangat)

3 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca