Teknik Naikkan Sewa Rumah

pelaburan hartanah, rumah sewa, jutawan hartanah

Assalamualaikum semua...

Maaf sebab lama tak update blog. Kalau korang follow blog aku, sure tau aku akan berpindah balik ke KL. So kira last week aku sibuk mengemas & mengangkut barang untuk pindah ke KL. Penat pun tak hilang lagi nih. Tapi untuk korang, aku postkan la sikit info untuk korang.

Hari nih aku nak share ngan korang teknik untuk tinggikan sewa rumah.  Ramai yang berkata susah nak dapatkan sewa lebih tinggi dari bayaran bulanan pada bank. Jawapan aku macam nih:

1. korang boleh buat refinance untuk turunkan monthly installment

2. korang boleh cari alternatif naikkan sewa rumah!

Contoh, untuk rumah sewa teres di kawasan Taman Tasik Utama Melaka:

>>Kadar sewa = RM300 - RM350
>>Bayaran bank = RM300

>>>>Korang kena naikkan sewa korang melebihi RM300 untuk dapat untung bulanan.

Ada banyak cara nak naikkan sewa rumah melebihi kadar sewa rumah kawasan tersebut tapi korang kena faham kawasan tersebut terlebih dahulu dan siapakah agak2nya bakal penyewa korang. Kes kita sekarang adalah kawasan Taman Tasik Utama. 

Di Taman Tasik Utama ada 1 universiti iaitu UTeM serta banyak pejabat-pejabat kerajaan/syarikat2. Jadi prospek korang jika boleh aku nyatakan secara ringkas;

1 - kakitangan awam/swasta (berkeluarga)
2 - student (bujang)

=======================================
Teknik Naik Sewa: Cara MURAH
=======================================

Apa kehendak student? Apa nature mereka? Selalu nak jimat kan?

- mereka tak hantar baju ke dobi
- mereka selalu masak sendiri
- mereka suka tengok TV

Jadi ini peluang pemilik rumah, korang sediakan;

- mesin basuh (manual 2nd hand: RM200)
- dapur (yang biasa di Giant: RM80)
- TV (2nd hand RM200)

Kos tambahan korang RM480 dan potensi kenaikan harga sewaan korang berbanding rumah2 kosong yang lain adalah antara RM100 hingga RM200. Student suka rumah korang kerana mereka tak nak keluarkan duit untuk beli semua barang2 itu kerana selalunya mereka hanya sewa 1-2 tahun sahaja. Kalau mereka beli pun ianya hanya menyusahkan mereka nak bawa balik kampung etc

p/s kalau korang boleh dapatkan peti ais lagi bagus!

----

Jika sasaran korang adalah mereka yang berkeluarga, dengan kos rendah apa yang boleh korang buat?

KEMAS DAN HIAS LAMAN!!!

korang buat sedikit 'deco', beli pasu bunga, pokok hiasan yang kosnya tak banyak mana. Janganlah buat deco mcm 'Eric' pula, tu kos tinggi. Yang biasa-biasa sahaja. Nampakkan yang laman rumah teres korang terjaga dan sedap dipkorangng. Itu dah cukup untuk menaikkan sewa rumah korang minimum RM150.

korang tak percaya? Begini, kebanyakan laman rumah sewa adalah kosong, walaupun ada yang laman kemas rumput tak tinggi, tapi ianya kosong, tak ada pokok hiasan, jadi bila korang tambah semua ini, korang dah lebih dari yang lain, kenapa mereka tak nak bayar lebih! 

================================
Teknik Naik sewa: Cara Mahal tapi berbaloi!
================================

1 - Cat rumah + clour contour dalam rumah
++++ Potensi kenaikan RM180 - RM300

2 - Tambah bilik; salah satu penentu kadar sewa rumah adalah jumlah bilik. Lagi banyak bilik, lagi mahal sewa!
++++ Potensi kenaikan RM250++

3 - Remodel dapur, tambah kabinet
++++ Potensi kenaikan RM200++

4 - Fully furnished/half furnished
++++ Potensi kenaikan berdasarkan apa yang ada

5 - Tambah bilik air
++++ Potensi kenaikan RM150

6 - Interior; lampu yang stylish etc
+++ Potensi kenaikan RM150++

Ini adalah sebahagian teknik yang memang terbukti tapi tak ramai yang buat. Tapi macam yang aku cakap, korang tengok dulu keadaan sekeliling rumah sewa korang & siapa target penyewa korang.

Harap2 entri nih dapat membantu korang ye~!!

5 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca