Apa Matlamat Pelaburan Korang?


Assalamualaikum semua...

Dalam pelaburan hartanah nih, korang mesti setkan dalam minda korang apa yang korang nak dapat dalam pelaburan korang. Kalau korang tak setkan matlamat korang, korang macam hilang arah je. Tu yang akan keluar kata-kata dari mulut korang seperti:
  
"Untung 50 ringgit je sebulan? Macam mane nak kaya kalau camtu?"

atau

"Baik melabur je dalam ASB. Mesti dapat dividen tiap-tiap tahun..."

Contohnya, bila korang melabur dalam hartanah nih, korang nak kene set 

  • bape banyak hartanah yang korang nak beli
  • bape banyak passive income yang korang nak dapat
  • bila korang plan nak retire dari mencari active korang (nih optional je, sesetengah orang tanak benti keje even passive income dah banyak)
  • macam mana korang nak capai passive income korang tu
Itu hanya sebahagian daripada apa yang korang perlu set dalam minda korang bila nak melabur.

Korang tak boleh la nak just ikut-ikut orang je. Lain orang, lain strateginya. Ada yang nak kaya cepat, ada yang nak dapat additional income.

So, sebelum nak mulakan apa-apa, setkan dulu matlamat kewangan korang~!

1 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca