Caruman KWSP Naik Semula Ke 11%

KWSP


Assalamualaikum semua.


KWSP dah announce yang caruman KWSP akan dinaikkan balik ke 11% berkuatkuasa 1 Januari 2011. Jadi, apa korang dah buat dengan 3% caruman yang korang dapat sepanjang caruman 8% yang lepas?


Harap-harap korang dah gunakan untuk melabur ke tempat yang sepatutnya, bukannya gunakan untuk melebur. Hehe..


-----------------------------------------------------------------------------


(sumber: Utusan Meloya)


KWSP: Caruman pekerja naik semula 11%


KUALA LUMPUR 18 Nov. – Kadar caruman berkanun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bahagian pekerja akan dinaikkan semula kepada 11 peratus berkuat kuasa gaji bulan Januari 2011.


Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar dalam kenyataan di sini hari ini berkata, caruman itu dibayar kepada KWSP mulai Februari 2011.


Kadar caruman berkanun pekerja diturunkan daripada 11 peratus kepada lapan peratus untuk tempoh dua tahun bermula gaji bulan Januari 2009 hingga Disember 2010.


Majikan dinasihat memastikan jumlah caruman yang betul dipotong daripada gaji pekerja berdasarkan kadar caruman baru ini dan dibayar kepada KWSP bermula daripada caruman bulan Februari 2011.


Beliau berkata, ahli yang sebelum ini mengemukakan Borang KWSP 17A (AHL) Khas/KWSP 17AA Khas untuk mengekalkan kadar caruman pada 11 peratus sepanjang tempoh dua tahun itu tidak perlu mengambil sebarang tindakan.


Katanya, caruman KWSP bulanan bahagian majikan kekal pada 12 peratus.


Majikan yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi cawangan KWSP terdekat, menghubungi Pusat Panggilan KWSP di 03-8922 6000 atau menghantar pertanyaan mereka melalui laman web myEPF di Enquiry. – BERNAMA

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca