Ikut Rate Atau Ikut Kepala?



Assalamualaikum semua...


Maaf lah sebab 2-3 hari dah tak menulis blog. Keadaan kesihatan anak tidak mengizinkan aku untuk mengupdate blog nih. Aku pun rasa macam ada tanda-tanda nak demam selsema, tapi masih boleh dikawal lagi. Yang penting ubat takleh tinggal.


Sekarang musim budak-budak cuti sekolah. Rumah sewa pun akan bertukar tenant. Begitu juga tenant aku di Taman Tasik Utama, Melaka. Since that tenant sekarang dah nak habis master, so dia dah rekemen member kepada awek dia untuk menyewa kat rumah tu. Aku tak kisah, asalkan rumah tu ada orang je. Satu lagi pesanan aku bagi kat dia - tolong bersihkan rumah tu sebelum keluar. Lantai berkeladak giler. Yelah, bila rumah jadik tempat tidur je, memang kebersihan jadi low priority.


Aku ada sedikit dilemma dalam nak menentukan sewa untuk tenant baru aku nih. Dulu aku kira sewa satu rumah, 2+1 konsep. Tapi kali nih, memandangkan bakal penyewa baru aku nih ada 7 orang (semua awek-awek UTEM woo...), jadi aku tak tahu sama ada nak kekalkan sewa satu rumah atau pun sewa ikut kepala. Rumah aku tu semi furnish, 3 bilik ada 3 katil, tv, peti ais, tempat masak, mesin basuh. Rental rate kalau sewa rumah RM 380.


Jadi aku nak mintak pendapat korang la macam mana. Nak ikut untung, kira ikut kepala letak RM60-70, dapat la untung. Aku cuma risau bab responsibility je. Yelah, banyak barang kat dalam rumah tu. Aku nak make sure semua akan responsible atas kerosakan yang berlaku pada barang-barang rumah tu.


Mintak suggestion ye. TQ.


Jangan lupa follow blog aku ye! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

2 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca