Modal Percuma Untuk Membeli Rumah~!!



Assalamualaikum semua...


Bila bercerita pasal nak beli hartanah nih, sure topik modal takkan terlepas dari bualan kita. Bila cerita pasal modal nih, mula la pening kepala sebab nak pikir dari mana nak dapat duit modal, tak kira la nak beli rumah baru ke, rumah lelong ke, atau rumah subsale.


Tapi, macam yang aku tulis pada title entri ni, korang boleh je dapat modal secara percuma. Selain daripada meminjam dari mak bapak atau sanak sedare (which still korang kena bayar balik jugak kat diorang), korang boleh dapatkan modal dengan mengurus kewangan korang secara teratur serta mengurangkan hutang-hutang yang tak sepatutnya.


Rasanya korang sure dah tau yang korang kena pandai bezakan ape itu keperluan & apa itu kemahuan. Setiap hari korang akan berhadapan dengan pelbagai pilihan - dari bangun tido pada waktu pagi sehingga nak masuk tido balik pada waktu malam.


Jadi, bila korang membuat pilihan tu, korang kena ingat, sebagai seorang pelabur merangkap pengurus wang yang bijak, korang kena memilih mana yang akan mendatangkan faedah kewangan kepada diri korang. Mana yang korang boleh save tu, korang simpan dalam satu tabung khas supaya korang boleh gunakan nanti bila korang dah ada hartanah yang nak dibeli nanti (kira sekarang aku dalam phase nih lah...try nak simpan duit, taknak buat PL lagi).

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca