Nak Beli Kereta Baru?

Kereta Idamanku - Toyota Harrier

Assalamualaikum semua.

Ramai orang marah kat aku pasal entri modal percuma yang lepas. Ada yang kata,

"Ape la ko. Manader modal freenye?!!"

dan juga yang ini,

"Kalau yang tu, aku pun tau..."

Betul, takde pun modal yang betul-betul percuma jatuh gedebuk dari langit (kecuali kalau korang dapat harta pusaka la...). Betul, korang semua dah tau apa yang aku ceritakan dalam entri tu.

Tapi, tahu saja tapi tak praktik takkan bermakna. Mula-mula nak start tu memang la lemah sikit, kene buat budget cutoff, kene review balik expenses korang. Tapi bila 'blueprint' dah ada, bila nak execute tu akan jadi senang. Macam naik keretapi la kan, manader start-start je terus memecut je.

Kali ni nak cerita pasal beli kereta baru. Nih memang dah jadi kegemaran orang muda-muda yang baru merasa duit. Bila dapat keje gaji 2.5k-3k je, sure nak beli kereta idaman mereka. Vios lah, City lah, Inspira lah (ada ke yang nak beli Inspira tu? Hehe).

Bagus lah kalau korang nak beli kereta sendiri. Lebih selamat kalau naik motor. Tapi, korang pikir la baik-baik. Korang bukan saja kene bayar monthly installment, korang kene fikirkan jugak 'hidden fees' yang ada bila korang beli kereta tu.

Ada 'hidden fees' ke bila beli kereta? Mesti lah! Korang kene consider jugak benda-benda seperti:
  • duit minyak
  • duit roadtax
  • duit insuran
  • duit maintenance
  • duit saman (kalau korang terkena saman la)
Jadi, kalau installment untuk kereta idaman korang tu dalam RM 900, korang kena la tambah at least 10-20% dari gaji bulanan korang & simpan kat tempat lain untuk cater 'hidden fees' tu. Kalau taknak, then letak je la kereta korang dalam showroom!

3 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca