Nak Jadi Jutawan Hartanah Muda?

Mahu jadi seperti Irfan Khairi?
Assalamualaikum semua...

Sejak program Skim Rumah Pertamaku dilancarkan oleh kerajaan dalam Bajet 2011 yang lepas, ramai orang muda terutama yang baru habis belajar teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang program nih. Ini dibuktikan bahawa lebih daripada 1000 kali pengunjung yang datang ke blog aku nih membaca entri di atas.  

Dalam entri-entri aku yang lepas pun ada bagitau macam mana orang muda2 nih boleh exploit program kerajaan ini sama ada untuk menjana pendapatan pasif atau untuk menjana modal yang lebih besar melalui sistem flipping.

Apa yang aku nak bagitau dalam entri kali adalah betapa untungnya orang muda2 sekarang yang sedar tentang kepentingan pelaburan nih. Kesedaran ini perlu ditanam dari awal lagi supaya pengurusan kewangan mereka lebih stabil dan kukuh bila mereka memasuki alam pekerjaan & kekeluargaan. Bila dah umur lanjut sangat, dah susah nak involve dalam pelaburan hartanah nih disebabkan oleh had umur yang dikenakan oleh pihak bank untuk membuat loan rumah.

Bagi mereka yang ingin memulakan pelaburan hartanah nih, boleh la diorang focuskan pembelian pertama diorang dengan membeli apartment atau kondo, sekadar untuk merasa macam mana rasa jadi orang yang melabur dalam bidang hartanah nih. Bila dah beli tu, banyak la benda yang diorang kena amek tahu seperti hal ehwal rumah sewa, jenis-jenis tenant, dan sebagainya.

Dan yang penting, sentiasa berfikiran ke hadapan untuk mencari jalan macam mana mereka boleh membeli rumah lagi di masa akan datang. Jangan cepat putus asa bila berhadapan dengan kerenah & masalah rumah sewa kerana hal-hal ini dapat mengajar kita bagaimana hendak mengatasi masalah tersebut.

2 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca