Satu Iklan Rumah, 2 Harga Sewa...

Taman Tasik Utama


Assalamualaikum semua...


Aku dapat berita sedih semalam. Dalam entri aku yang lepas, aku ada cerita yang ada awek-awek UTEM yang nak masuk menyewa rumah aku kan? Semalam diorang call aku, cakap tak jadi pulak. Sebabnya, diorang tak dapat nak sediakan duit deposit sebab duit PTPTN tak masuk lagi. Lagipun, diorang masih lagi kena bayar duit asrama diorang sekarang. So, berkemungkinan diorang tak dapat nak prepare duit deposit.


Well, aku pasrah. Kalau takde duit deposit, walau macam mana bakal tenant korang nak sangat rumah tu pun, ko takleh nak katakan itu sebagai kata setuju. Senang cakap, no money, no talk. Melepas la aku nak merasa apa yang korang semua rasakan - menyewakan rumah kepada awek-awek. Huhu.


Dah kena buat iklan untuk rumah Taman Tasik Utama nih. Nak tanya korang. Sekarang, ada 2 target group untuk rumah sewa aku tu - family & student. Jadi, patut ke aku buat 2 iklan untuk kedua-dua target group tu? Kalau buat satu iklan je, sure aku takleh nak letak harga sewa tu kat dalam iklan tu kan?


Apa pendapat korang?


Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca