Aku Menang RM500k~!!!


Assalamualaikum semua...

Best baca title entri aku? Sure ramai yang nak tau pertandingan apa yang aku menang kan?

Actually aku tak menang pun. Aku tengah berangan ape yang aku nak buat dengan duit RM500k tu.

Aku bring up entri nih lepas aku dengar cerita dari wife aku yang office mate dia menang RM500k dalam peraduan anjuran Petronas dalam awal tahun nih. Actually, petronas offer dia sama ada nak amek kereta BMW atau duit RM500k. Jadi, dia pun pilih duit RM500k.

Tapi, yang aku terkilan sangat (macam duit aku la pulak), selain dia gunakan duit tu untuk bayar hutang-hutang tertunggak (bagus la, hutang mesti dibayar maa...), dia habiskan duit dia untuk beli sebijik rumah secara CASH di area The Curve~!! Aku agak-agak harga rumah kat area sana ada la dalam RM350k-RM400k kot. Then, rumah tu, instead of disewakan (rental rate kat area sana dalam RM2.5k sebulan), dia bagi akak dia duduk kat rumah tu sebab dia nak tolong akak dia. Sewa bulanan RM2.5k diberikan kepada akak dia sebab nak tolong akak dia.

Aku tanya wife aku kenapa la dia tak beli 2-3 biji rumah dengan duit tu. Reason yang dia bagi adalah sebab dia taknak berhutang. Memandangkan dia masih bujang, so dia taknak fikir sangat pasal hutang-hutang nih. Yang penting, bulan-bulan ada duit gaji, boleh "berjimba" (perkataan baru yang aku dengar...bermaksud enjoy). Part nih la yang aku terkilan...

Kalau la dia ada financial & investment knowledge, sure dia takkan beli sebijik rumah secara cash....

Korang pulak macam mana? Ape korang nak buat dengan RM500k??

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

8 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca