Hal Rumah Homestay



Assalamualaikum semua...

Dalam entri aku yang lepas, aku cerita tentang hal yang berlaku kat rumah sewa aku tentang pertikaian antara aku ngan ex-tenant aku pasal duit deposit.

Kali nih, aku nak cerita pasal hal rumah homestay pulak. Memandangkan aku baru je start buat rumah homestay nih, jadi memang biasa la kalau ada rules & regulation yang aku terlupa nak bagitau.

Minggu lepas aku mendapat tempahan dari seorang wanita, rasa dalam 30-an. Dia nak menginap di rumah homestay untuk 2 hari. Aku diberitahu yang dia akan menginap seorang memandangkan keluarga angkatnya akan menginap di rumahnya sekarang. So, untuk keselesaan, dia akan keluar menginap di homestay aku.

Hari yang ditunggu telah tiba. Janji nak menginap sorang. Tapi sebenarnye berdua. Dengan lelaki pulak tu~!! Aku tau sebab mak ngan ayah aku yang cakap. Masa checkout, ada budak lelaki checkout sekali dengan dia~!! Datang sorang, balik berdua...eh, rasa sangsi la aku ngan famili aku. Kalau la pencegah maksiat datang cekup diorang, dah tak pasal2 aku sekali yang kena~!!

Apa yang aku risaukan ialah duit yang aku terima daripada bayaran dia nih. Ada keraguan. Boleh ke aku guna? Niat aku nak buat homestay nih untuk kebaikan, tapi aku taknak bersubahat dengan maksiat yang diorang lakukan (jika ada). Jadi aku amek keputusan, akan guna duit yang dia bagi tu sepenuhnya untuk membayar apa-apa yang tidak ada kaitan dengan hal makan & minum.

Selepas kejadian nih, aku ketatkan sikit peraturan dalam rumah tu & juga ketatkan sikit pemilihan penghuni homestay aku. Takde lagi nak amek orang-orang bujang nih. Aku amek family sahaja.

Tu lah yang aku nak kongsikan dengan korang. Dalam apa-apa bisnes pun, kita kena hati-hati. Jangan sampai sumber rezeki kita tu bercampur dengan benda haram/syubhah. Tak berkat hidup. Tambah lagi seksaan api neraka nanti.

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

3 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca