Jangan Tutup Akaun Kredit Kad~!!

hutang kad kredit, credit card debt, kad kredit
Banyaknye kredit kad~!!

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku nak cerita pasal kad kredit. Ada orang kata ada kad kredit tu tak bagus. Menggalakkan korang untuk berhutang.

Hari ni aku nak share ngan korang satu point yang agak interesting. Maybe ada di antara korang yang tahu pasal fact nih. Tapi disebabkan aku baru tau, so aku just nak share dengan korang.

Bila korang ada banyak akaun kad kredit dan sampai satu masa, korang akan rasa korang nak tutup je akaun kad kredit korang tu (maybe sebab dah tak guna ataupun korang nak control korang punye credit card usage). Jadi, bila korang dah settlekan hutang korang tu, korang boleh la potong kad kredit korang tu, tapi JANGAN TUTUP AKAUN KAD KREDIT KORANG.

Nape aku cakap macam tu? Sebab korang akan dapat benefit dari "credit score" yang ada pada akaun kad kredit tersebut.

Bayangkan bila korang nak buat loan, diorang sure akan refer pada credit history korang. Diorang akan tengok pada credit utilization ratio - bape banyak kredit yang korang dah gunakan.

Katakan la kalau korang ada 5 kad kredit dengan credit limit 5k setiap kad (different bank la ye) & total hutang kredit kad korang dalam 10k, kira credit utilization ratio korang 

5k / (5 x 5k) * 100 = 20%. 

Kira kalau bank nak naikkan credit limit korang pun diorang dengan senang hati nak naikkan sebab hutang kad kredit korang still managable from perspektif diorang.

Tapi, kalau korang tutup 3 akaun kad kredit korang

5k / (2 x 5k) * 100 = 50%. 

So, jangan berangan la nak naikkan credit limit korang tu. Selalunya, bank akan bagi kalau credit ratio korang tak lebih dari certain limit (rasa dalam 50% kot).

So, settlekan hutang kad kredit korang, tapi jangan tutup akaun kad kredit tu. Kalau dah kosong tu, bagus la. Biar nampak cantik dalam CCRIS/CTOS report korang tu.

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

5 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca