Pentingnya Rules & Regulations



Assalamualaikum semua...


Kali ni aku nak ceritakan tentang pentingnya 'Rules & Regulation' dalam surat perjanjian, tak kira la dalam TA ke atau sekadar borang application nak menginap di homestay. Aku nak ceritakan benda nih sebab ada 2 perkara berlaku pada rumah sewa & rumah homestay aku.


Firstly, dalam TA rumah sewa korang, korang letak betul2 semua perkara yang boleh melindungi rumah korang dan menyenangkan korang di masa akan datang. Ini penting so that tenant korang takkan boleh question korang kenapa korang strict sangat / berkira sangat bila discuss pasal rumah sewa korang tu.


Hal ni terjadi pada rumah sewa aku di Melaka, di mana tenant aku persoalkan kenapa dia tak boleh nak dapatkan balik full deposit dia. Dengan lagaknya, dia cakap aku lah tuan rumah pertama yang tak bagi full deposit balik kat dia selama hidup dia menyewa di rumah sewa. Memang bila aku baca sms yang dia hantar tu, terbakar jugak la hati aku nih.


Aku explain kat dia, memang dalam kontrak aku dah spell out betul-betul, yang rumah perlu dibersihkan seperti ketika dia masuk atau lebih baik. Yelah, prinsip aku - bila aku bagi rumah sewa aku kat orang, aku make sure yang rumah tu dalam keadaan baik & bersih. Jadi, bila korang nak keluar dari rumah aku tu, pepandai la bagi balik dalam keadaan yang sama. Masa tenant aku nih masuk rumah tu, keadaan rumah memang bersih. Tambah lagi, aku & wife aku datang rumah dia untuk mopkan bahagian rumah yang belum dimopkan even masa dia dah masuk rumah sewa tu~!! Mana ada tuan rumah bersihkan rumah masa tenant dah start sewa rumah? Tapi, demi prinsip aku tu, kami tetap datang untuk make sure rumah tu dalam keadaan baik & selesa untuk diduduki.


Bila aku reply sms macam tu, terdiam dia takde kata apa. Tak tau la dia malu ke atau buat bodoh je. Asalkan mesej aku sampai kat dia. Dah la duit deposit sebulan dijadikan duit sewa walaupun dah spell out dalam kontrak tak boleh buat gitu. Tapi aku kesiankan kat dia. Nasib baik aku letak 2 bulan deposit.. Boleh la cover duit nak membersihkan rumah tu. So sekarang dah selamat dibersihkan & duit balance dah dikembalikan. Tak cakap terima kasih pun dah pulangkan duit tu. Tu la perangai manusia. Masa masuk dulu pun merayu2 kat aku nakkan rumah tu. Tapi bila dah keluar, mengata2 pulak. Tak tau berterima kasih...


So, bagi korang yang nak menyewa tu, korang kena ingat dalam kepala korang. Kalau korang dah pinjam barang orang, pepandai la korang jaga barang yang dipinjamkan tu. Walaupun korang bayar sewa tiap-tiap bulan, tapi atas dasar perikemanusiaan, korang jaga la barang tu baik2. Fikirkan kalau korang yang jadik tuan rumah / tuan punya barang. Sure korang nak orang lain jaga barang korang tu kan...


Ok lah, next entry aku cerita hal rumah homestay pulak. Nih lagi satu hal jugak nih. So, tunggu jelah ye...


Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

2 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca