Siri Sikap Unggul Kewangan: Part 1

jutawan, orang kaya


(sumber: Mailing list Julmazli Dempollok)

Bagaimana Jutawan Sebenar Menjalani Kehidupan Mereka?

Kenapa ramai orang lebih cenderung menghabiskan wang ringgit mereka daripada menggunakannya bagi membina kekayaan yang lebih?

Ini kerana tanggapan kebanyakan orang mengenai kekayaan sudah dikaburi oleh media-media dan cakap-cakap orang.

Ramai orang memiliki pandangan yang silap berkenaan kehidupan jutawan. Ramai orang menyamakan 'kepuasan segera' dengan kebahagiaan. Mereka cukup percaya jutawan mempunyai gaya hidup mewah dan merasakan kehidupan sebeginilah yang menghasilkan kebahagiaan berpanjangan.

Berdasarkan kajian dan pemerhatian peribadi saya terhadap beberapa orang jutawan yang saya kenali, kebanyakan daripada mereka yang 'tulen' ini sama sekali tidak mempunyai gaya hidup seperti itu. Apakah maksud 'tulen' itu? Ia bermakna harta kekayaan atau aset yang dimiliki boleh bertahan seumur hidup dan bukan untuk 10 ke 20 tahun sahaja.

Eh.. ada sedikit masalah di sini! Sekiranya jutawan tulen tidak hidup dengan menjalani kehidupan seperti itu, siapakahkah pula orang yang hidup dengan bermewah-mewahan itu? Tunggu di siri akan datang kerana kita akan mengupas mengenai mereka pula dengan teliti nanti.

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca