Siri Sikap Unggul Kewangan: Part 2



(sumber: mailing list Julmazli Dempollok)

Beberapa Kumpulan Orang Yang Hidup Dengan Bermewahan..
 
Sekiranya jutawan tulen tidak hidup dengan menjalani kehidupan seperti itu, siapakahkah pula orang yang hidup dengan bermewah-mewahan itu? Ini siri kedua yang akan mengupas mengenai mereka.

#1 Para profesional dan ahli korporat
Golongan ini memang berpendapatan tinggi, tetapi perbelanjaan mereka juga samaa tingginya. Mereka memandu kereta mewah model terkini, menaiki kapal terbang kelas pertama dan makan-makan di hotel mewah. Sekali imbas malah beberapa kali imbas sekalipun mereka tetap kelihatan kaya dan berjaya. Teteapi mereka sebenarnya pengumpul kekayaan yang lemah dan tidak mempunyai aliran tunai posotif yang banyak. Inilah golongan pelanggan kesukaan bank! Akibatnya mereka sering kekurangan wang.

#2 Pewaris harta kekayaan
Kumpulan ini memang bernasib baik kerana tidak perlu bekerja keras bagi mendapat kekayaan mereka (yang bekerja keras adalah generasi terdahulu iaitu ayah atau datuk mereka). Jutawan segera seperti ini selalunya tidak tahu menghargai wang. Ini membuatkan mereka tidak teragak-agak berbelanja dengan banyak dan mewah. Inilah punca kenapa kebanyakan harta warisan tidak bertahan lebih daripada tiga generasi.

#3 Memenangi Loteri
Kumpulan ini juga termasuk dalam kelas orang kaya segera. Disebabkan mereka kaya oleh nasib baik dan bukannya kebijaksanaan dalam bidang kewangan, maka mereka tidak tahu cara mengurus kekayaan. Dan menghabiskan kemenangan tersebut dalam masa beberapa tahun sahaja dengan jayanya.

#4 Bintang yang memiliki bakat
Di dalam kumpulan ini termasuklah pelakon filem, selebriti dan ahli sukan yang berbakat besar. Mereka menjadi kaya kerana kebolehan unik dan bukan kerana minda kewangan. Mereka kaya dengan mudah dan mereka membelanjakan wang tersebut dengan senang juga. Jadi tidak kira berapa banyak yang mereka perolehi, pada akhirnya agak ramai juga yang menjadi papa dan dibebani hutang. Anda tersenyum dan tidak percaya membacanya bukan? Jadi saya berikan beberapa contoh di sini. Antaranya Michael Jackson, Mike Tyson dan MC Hammer. Kita ambil Tyson misalnya, dia mendapat lebih daripada RM500 juta ketika zaman kegemilangannya sebagai Heavyweight Champion. Dia akhirnya bankrap disebabkan gaya hidupnya yang dikelilingi kereta mewah, rumah besar, wanita dan Harimau Begal!


Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

5 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca