Bonus Tabung Haji 5.50%

(sumber: Utusan Meloya)

KUALA LUMPUR 28 Jan. – Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan pendapatan mencecah lebih RM2 bilion bagi tahun 2010, meningkat 17 peratus berbanding RM1.7 bilion pada tahun sebelumnya. 


Sehubungan itu, TH mengumumkan pembayaran bonus pendeposit pada kadar 5.50 peratus untuk 2010 berbanding 5.0 peratus pada tahun sebelumnya.


Ketika mengumumkan kewangan cemerlang bagi TH, agensi itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kadar tambang mengerjakan haji walaupun mengalami kenaikan kos mengerjakan ibadat itu tahun demi tahun.


Pengarah Urusan Kumpulan TH, Datuk Ismee Ismail berkata, jika ia mengalami kenaikan pastinya ia tidak membebankan seperti yang pernah dijanjikan oleh kerajaan.


“Tunggulah, bila tiba masanya,’’ kata beliau pada sidang akhbar mengumumkan prestasi kewangan TH di sini hari ini.


Menurut beliau, tambang mengerjakan haji bergantung kepada dua komponen penting iaitu kos perumahan atau penginapan dan kos penerbangan. - Utusan


Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

4 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca