Cukai Perkhidmatan Naik 1%

Assalamualaikum semua...

Entri kali ini santai, membuka minda kita semua. 

Kali ni cerita pasal cukai perkhidmatan yang dinaikkan dari 5% ke 6% dalam Bajet 2011 yang lepas.

Berikut luahan hati member aku dalam email beliau...

Sama-sama kita fikirkan...

----------------------------------------------------------------------

Tax Naik daripada 5% kepada 6%...Apala Sangat...1 persen jeee

naik 1% apala sangattt?? ye ke?

Contoh:
1% bagi setiap pembelian berharga rm20 adalah 20 sen.
Katakan dalam sehari, KFC seluruh Malaysia mendapat 1 juta transaksi berharga RM20, maka 1% yg berjumlah 20 sen itu menjadi; 0.2 * 1 juta = RM 200 ribu.

So, setiap hari, utk setiap 1 juta transaksi berharga RM20 di KFC, Kerajaan dah berjaya dapat income (baca: pow duit rakyat), sebanyak (extra) RM 200 ribu.

Sebulan?, rm200 ribu * 30 hari = 6 juta.
Jadi, dalam sebulan kerajaan dah pow duit rakyat extra 6 juta dengan hanya menaikkan 1% saja.
itu baru KFC. Kalau McD, Secret Recipe, Kenny Rogers, Nandos juga setiap hari mendapat 1 juta transaksi bernilai rm20 utk semua outlet seluruh negara.
maka, 6 juta * 5 outlet = 30 juta.

Wow! dgn hanya extra 1%, kerajaan berjaya dapat kenaikan income yg dipow dari rakyat sebanyak 30 juta sebulan.

itu cuma contoh utk 5 outlet fast food sahaja...blum campur kedai2 mamak, kopitiam dan lain2 kedai atau barangan atau perkhidmatan yg dikenakan 6% cukai yg bersepah-sepah di seluruh malaysia....

alaahh...1% je...nanti kerajaan akan guna duit tu utk pembangunan negara & manfaat rakyat juga...dasar pembangkang, semua nak dibangkangnya. porahhh...

tak cukup ke dgn 5% selama ni? 5% * 30 juta = 150 juta sebulan woooooooooooooooooo

kenapa kerajaan masih mahu extra rm30 juta (utk 1% berikutnya)?

dan jika 1% itu "apala sangatttt"...kenapa kerajaan naikkan sesuatu yg "apala sangattt"...kenapa kerajaan tak kurangkan "apala sangatttt" itu daripada 5% kepada 4%? yelaa...apala sangat 1% pengurangannnn? 1% je punnnnnnnn....porahh kerajaan tak reti urus wang & suka membazir.

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

4 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca