Nak Ikut Bilik Atau Ikut Kepala?




Assalamualaikum semua...

Masih lagi kisah tentang rumah sewa aku di Taman Tasik Utama. Masih kosong lagi. Tiada penyewa. Ramai yang bertanya tapi last-last tak jadi. Pak Arab Syria pun takde jawab jugak. Last-last, kosong gitu je untuk sebulan lebih nih.

Apsal jadi macam tu? Apartment tu tak laku ke? Actually, apartment aku nih berdekatan dengan UTEM. So, mostly yang call aku tu student UTEM lah. Tapi, memandangkan aku dah ada pengalaman yang agak kurang best dengan tenant yang lama, jadi aku nak perketatkan sikit rules nak amek student UTEM nih disamping mengenakan sewa & deposit yang boleh menjanjikan keadaan rumah yang baik bila tenant keluar kelak.

So, bagi korang yang sewakan rumah korang pada student nih, aku ada beberapa soalan:

Harga sewa apt kat area tu dalam RM350 (try naik RM380, tapi diorang kata mahal pulak)

1) Kalau apt korang apt 3 bilik, berapa maximum penghuni rumah yang korang akan ambil?
2) Kalau korang sewakan ikut bilik, berapa korang akan kenakan?
3) Kalau ikut kepala, macam mana pulak?
4) Tentang deposit, aku plan nak amek deposit 2+1 - tak kira la ikut kepala atau ikut bilik. Apa pendapat korang?
5) Aku rasa nak amek cara bayar untuk satu sem terus, tapi tak tau caranya macam mana. Boleh bagi tunjuk ajar?

Mintak tunjuk ajar...hamba tumpang lalu....

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

2 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca