Rahsia Untuk Menjadi Kaya



Assalamualaikum semua...


Semalam aku ada dengar bual bicara bersama Dr. Irfan Khairi dengan orang kaya Singapore, Abang Abu kat Radio24. Dia share satu rahsia macam mana untuk jadi kaya.


Apa rahsianya? Rahsianya ada di dalam akronim perkataan nih - GET RICH


Apa itu GET RICH?


G - Get up early in the morning (bangun awal la maksudnya)
Alhamdulillah Islam mendidik kita supaya untuk bangun awal pagi dan menunaikan solat Subuh. So, sepatutnya tiada masalah pasal nih. Masalahnya sekarang, didikan Islam tu dah bagus dah, cuma orang Islamnya aje yang tak praktikkan. Yang tak bangun subuh tu memang satu hal. Yang kes dah bangun, tapi tido balik pun satu hal jugak.


E - Earn more than you spend (dapat duit lebih daripada apa yang kita belanjakan.
Nih teori smart spending la. Kalau kita punye gaji RM1k sebulan, sepatutnya kita spend kurang dari 1k. Baru ada saving. Kalau gaji 1k, tapi spend 1.2k, apa nak buat? So, kita cari la side income lain yang boleh cover spending kita, bukan buat tak tau je. Yang lagi teruk, swipe guna kredit kad. Haru biru bila time nak bayar bil kredit kad.


T - Train your skill that can generate income (pertajamkan skill yang boleh buat duit)
Aku rasa semua orang ada skill ni. Cuma tak convertkan kepada duit je. Orang IT macam aku, boleh la pertajamkan skill korang dengan offer service buat website ke, freelance ke. Tak pun, buat ebook pasal IT. Yang terrer masak, buat la ebook pasal resepi masak. Yang suka bola, buat la apa-apa yang boleh generate duit dari bola tu (bukak kelas training bola ke, bukak kedai jual lencana logo EPL ke, jual jersey ke)


R - Resource Networking (buat networking dengan orang-orang yang boleh provide bantuan)
Kita kan ramai kengkawan. Aku tengok yang kat dalam facebook tu ada yang sampai lebih dari 1k kengkawannya. Jadi, kita pilih kengkawan yang boleh bantu kita dalam perjalanan untuk menuju kekayaan. Aku ambil contoh diri aku sendiri yang mencari kengkawan yang boleh beri tunjuk ajar pada aku macam mana nak melabur dalam bidang hartanah. Kalau dapat kawan-kawan yang provide bantuan dari segi kewangan, lagi bagus (tapi susah la sikit nak jumpa..hehe)


I - Invest in what you know (invest dalam apa yang kita tau)
Dr. Irfan bagi contoh Warren Buffet. Warren Buffet hanya akan invest dalam apa yang dia tahu saje. Beliau invest dalam syarikat GE (General Electrics) sebab dia ada peti sejuk di rumahnya. Beliau invest dalam syarikat Ford sebab dia ada kereta Ford. Tapi dia tak invest dalam syarikat IT sebab dia tak tahu pasal IT. 


Abang Abu juga menasihatkan agar kita mengetahui dan mendalami bidang yang kita nak invest tu. Kalau dah mahir, baru la kita masuk ke dalam bidang yang lain.


C - Charity (Bersedekah)
Yang nih Islam pun dah ajar. Satu sedekah seumpama sebiji benih padi, yang tumbuh daripadanya 7 tangkai dan setiap tangkai menghasilkan 70 biji benih lagi. So, rajin-rajin la korang bersedekah. Rasulullah S.A.W pun bersedekah separuh daripada sebiji kurmanya yang dia ada bila ada orang datang untuk meminta makanan daripadanya.


H - Habit (Amalkan)
Korang baca je apa yang aku tulis nih pun tak guna beb. Selamat beramal...hehe


Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

1 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca