Sediakan Payung Sebelum Hujan


Assalamualaikum semua.

Dalam perjalanan korang untuk mengejar cita-cita untuk mengecap kekayaan, korang pun kena tengok juga pada apa yang korang ada sekarang. Jangan sibuk memandang ke depan, tapi apa yang korang ada keciciran.

Jadi, aku nak sharekan dengan korang beberapa perkara penting yang mesti korang timbang-timbangkan.
  1. Buat persediaan sekiranya korang dibuang keje. Bila syarikat tak dapat untung (terutamanya kalau korang keje kat syarikat yang kecik2), diorang akan buat saving dengan cara diorang - buang orang keje. Jadi, sambil-sambil korang buat keje tu, korang update la resume korang. Ini sebagai persediaan bagi korang untuk mencari keje lain in case korang dibuang keje.
  2. Kawal perbelanjaan korang. Ini cukup penting. Kena keep track apa yang korang dah spend seharian. Bila dah cukup sebulan, korang boleh check balik dan evaluate perbelanjaan korang. Kot2 bila tengok belanja TT terlebih, so next month kene la kurangkan berTT. Kena buat saving in case perkara (1) berlaku pada korang. Seperti yang dilaung-laungkan, kena ada emergency saving sebanyak 3-6 bulan gaji korang.
  3. Teruskan dengan kehidupan yang bahagia, tapi pada masa yang sama kawal perbelanjaan korang. Saving pun, saving jugak. Tapi jangan sampai ikat perut tak makan. Lagi-lagi kalau yang dah berkeluarga. Peringatan untuk diri sendiri jugak, jangan kedekut untuk mengeluarkan duit untuk perbelanjaan keluarga.
  4. Buat pelan B kot-kot ada perkara yang buruk berlaku pada korang. Orang kata, malang tak berbau. Jadi, korang kena buat plan backup in case ada pape yang berlaku, contohnya kalau kemalangan, anak masuk hospital, dibuang keje, atau paling sedih korang meninggal dunia.
Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca