Urusan Homestay Balqis Selesai

Bersama Ah Meng dan ayah

Assalamualaikum semua...


Tentu korang tertanya-tanya kenapa lama aku tak tulis entri minggu-minggu sebelum ini. Ada 2 sebab. Satu, sebab keje terlalu banyak nak follow up. Bos aku cuti medical leave sebab baru lepas operation. So kene take over keje dia. Jadi, aku kepenatan.


Dan kedua, sebab tensen pasal homestay aku. Minggu lepas, member aku call aku nak booking homestay aku. So dengan gembiranya aku terima bookingnya. Tapi pada hari yang sama, aku dapat call dari in-laws aku yang tandas homestay aku tersumbat. Ape lagi, terpaksa la cancelkan booking member aku tu.


Jadi minggu lepas aku balik Melaka untuk menyetelkan hal rumah homestay. Daripada rasa gembira sebab ada orang nak dok rumah tu, terus jadi tak gembira. Mane taknye, duit tak masyukkk. Tapi ape kan daya. Adat la kalau ada rumah. Mesti kene buat maintenance. So plumber aku - Ah Meng, setuju nak datang hari ahad.


Actually Ah Meng nih dah datang tengok rumah aku tu dari hari Rabu lepas untuk check bahagian saluran mana yang tersumbat. Menurut cerita ayah aku, ada 2 tempat yang tersumbat - satu, dari tandas ke saluran utama deretan rumah aku, dan satu lagi dalam piping tandas itu sendiri. Hari Rabu lepas dia dah settlekan bahagian saluran utama tu. Dia kata ada tuala mandi & tuala wanita termendak kat situ. Patut la air dari tandas & bilik air turun lambat aje. So dia clearkan saluran utama tu.


Tandas nih la yang tersumbat tu


Operasi bermula pukul 10 pagi hari Ahad. Ah Meng datang dengan anaknya, Ah Wei. Operasi dimulakan dengan memecahkan tandas duduk aku tu. Dah la aku tak pernah guna pun tandas duduk tu sebab sepanjang aku duduk kat rumah tu dulu, aku guna tandas cangkung je. Kira tandas tu buat hiasan je la. Bila dah pecah tu, dia masukkan paip plastik yang keras punya ke dalam saluran tandas tu. Jolok 5-6 kali sambil tuang air dalam lubang tu, akhirnya air dapat turun dengan clearnya. Dah settlekan urusan menjolok, Ah Meng terus pasang tandas duduk yang baru.


Ah Wei buat keje pembersihan


Lepas settle menyimen tandas tu, aku mintak dia buat testing 2-3 kali dengan menjirus air ke dalam saluran air di lantai kedua-dua bilik air tu. Sebelum nih jirus sikit je air dah naik. Tapi alhamdulillah, air tak naik lagi. Lega rasanya sebab dah settle.


The culprit - spender sape la nih~!!


Aku cakap ngan Ah Meng, lu tau ke apa yang tersumbat dalam tandas tu. Dia ajak aku tengok kat lubang yang dia tebuk masa hari Rabu lepas. Dari situ dia menyauk dengan menggunakan pencangkuk, kot-kot dapat apa-apa dalam tu. Sekali dapat spender. Haram jadah betul sape yang masukkan spender dalam tandas tu. Lepas nih memang kene letak notis - Jangan membuang bendasing ke dalam lubang tandas.


Aku cakap terima kasih kat Ah Meng sebab tolong aku settlekan hal homestay aku. Tanya bape harga dia nak charge aku. Dia cakap memandangkan ayah aku ngan dia nih memang dah jadi regular customer, so dia charge aku RM180 termasuk harga tandas duduk tu. Murah banget~!! Harga tandas duduk tu je dah RM85. So dia amek upah RM95 je. Dia cakap, memang aku tak dapat harga murah macam nih. Kalau orang lain sure dah kene charge 4-5 ratus punye. Alhamdulillah...


So, dah clear dah problem rumah homestay dalam kepala aku. So, sekarang Homestay Balqis dibuka semula untuk tempahan. Walaupun cuti sekolah dah habis, tapi kalau kot-kot korang ada terjalan-jalan ke Melaka tu, dok la menginap ke homestay aku ye~!!


Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

2 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca