Kenapa Dividen Bank Rakyat Tinggi?


(sumber: SharingInfoz)  

Ramai yang mengeluh bila mendapat tahu bahawa KWSP mengumumkan dividen bagi tahun 2010 sebanyak 5.80% manakala sebelum ini ahli Bank Rakyat mendapat dividen sebanyak 15% bagi tahun kewangan 2009. Kemungkinan besar dividen untuk tahun 2010 juga lebih kurang 15%.

Of course kalau boleh dividen lagi tinggi untuk KWSP lagi bagus tapi for me personally speaking, 5% dikira acceptable level memandangkan KWSP mostly melabur dalam bon dan juga instrumen yang lebih selamat dan keuntungan pelaburan dalam instrumen ini tak banyak jika dibandingkan dengan pasaran saham yang memberi keuntungan yang lebih tinggi tetapi risiko pun lebih tinggi. Kalau tak percaya boleh tanya orang yang invest dalam unit trust, kekadang return lebih 20% setahun dan kekadang boleh rugi 10% setahun.

So macam mana Bank Rakyat boleh beri dividen 15%? Ini secara ringkas kefahaman saya mengenai perkara ini. Secara ringkasnya laporan penyata kewangan 2008:
  • Pendapatan: RM3.1 bilion (A)
  • Jumlah Saham: RM2 bilion (B)
  • Jumlah simpanan pelanggan (savings + "fixed deposits"): RM32.5 bilion (C)
  • Dividen untuk pemegang saham @15% from RM2 bilion: RM300 juta (D)
  • Pembahagian keuntungan untuk simpanan pelanggan: RM1 bilion (E)
Cuba tengok betul-betul:
  • Jumlah dana from customers + pemegang saham: RM34.5 bilion (B+C)
  • Jumlah pulangan dividen + pembahagian keuntungan: RM1.3 bilion (D+E)
So, ini le ceritanya:
  • Pemegang saham mendapat pulangan 15% (D)
  • Pelanggan yang menyimpan dalam akaun simpanan dan "fixed deposits": 3.08% (E*100/C)
  • Maknanya 5.8% daripada penyumbang dana Bank Rakyat memperoleh pulangan sebanyak 15% manakala selebihnya (penyimpan biasa: majoriti) hanya mendapat purata pulangan sebanyak 3.08%
  • So kalau semua mendapat pulangan sama ianya hanya sebanyak 3.8%
Itulah secara ringkasnya, majoriti mendapat pulangan yang sedikit manakala minoriti pemegang saham mendapat pulangan yang begitu baik. So dengar khabar Bank Rakyat ingin menambah saiz saham sebanyak RM500 juta lagi kepada RM2.5 bilion. 

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

8 komen:

Catat Ulasan

Apa komen anda tentang artikel di atas?

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca