QNA : Mengurus Hartanah Jarak Jauh

Rumah sewa aku kat KL setakat nih - Nuri Court
Assalamualaikum semua...

Ada seorang follower blog aku bertanyakan soalan pada aku:

"...en farid bekerja dan menetap di melaka..tapi melabur@beli umah utk invest area KL kan...betul ? kalo betul la, so far ok ke pengurusan utk rumah2 tu..."

First of all, just nak inform yang aku ada satu rumah je kat KL. Doakan la aku untuk dapatkan "rumah2" tu di masa akan datang. Hehe...

2nd, memang betul masa aku mula menjejakkan kaki dalam bidang pelaburan hartanah nih, aku duduk di melaka, TAPI aku bekerja di KL. So, kalau ada apa2 urusan tentang hal rumah sewa tu, aku boleh la datang jenguk sekejap waktu lunch tu. Tu dulu, tapi sekarang dah duduk KL dah. Dah boleh jenguk selalu ^_^.

Hakikatnya, kita boleh beli mana-mana hartanah yang bagus & strategik di mana-mana sahaja. Asalkan kita ada "talian-talian hayat" yang boleh kita hubungi jika ada apa-apa yang berlaku pada hartanah kita.

Contoh-contoh talian hayat tersebut ialah no hp wireman, plumber, maintenance office, repairman dsb. No2 nih korang kena simpan & bagi satu copy pada penyewa kita supaya kalau ada apa2 yang berlaku, penyewa kita boleh terus kontek no2 tersebut disamping menelefon kita untuk inform apa yang telah berlaku.

Satu lagi, bila korang beli hartanah tu, korang berkenal-kenalan la dengan jiran-jiran sebelah tu. Buat baik dengan mereka. Jadi dengan hubungan tersebut, korang boleh bertukar-tukar no hp dengan jiran-jiran korang tu. In case, kalau ada apa2 yang berlaku, jiran-jiran korang boleh inform korang jugak. Mane la tau kalau-kalau penyewa korang buat onar kat rumah sewa korang, tak ke pening kepala nanti. Taknak la jadi macam cerita ni yang keluar 3 minggu lepas.

p/s: aku pun nak ikut macam bro AE jugak...buat QNA entries. Hehe...

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca