Dilemma Antara Tabung Haji Dan ASB


Assalamualaikum semua...

Sorry sebab dah lama tak buat posting. Rasanya baru 2 posting je bulan nih. Biasa lah busy dengan kerja. Nak letak entri time keje pun dah takleh (nak jaga rezeki, biar berkat. Takkan nak buat keje lain guna barang office). Nih pun aku letak entri guna scheduler.

Aku dapat satu email dari mailing list yang aku subscribe. Menarik juga persoalan yang diajukan. Boleh la kita share sama-sama pendapat-pendapat korang tu ye.

Assalamualaikum...

Maaf saja saya nak tanak tanya pandangan. Antara simpan di ASB dan simpan di Tabung haji.

Stuasinya begini.

Simpan di tabung haji dividen dan bonus sekitar 5%. Zakat telah dibayar.

Simpan di ASB dividen sekitar 7.5%. Sekiranya mengambil kira islamik, kita kena bayar zakat 2.5%. So jumlah dividen bersih sama juga 5%.

Mana yang baik dan sekiranya saudara ada pandangan dengan simpan di ASB yang mendapat 7.5% tersebut dapat menggandakan lagi pendapatan walaupun kita membuat pembayaran zakat.

Ini bukan menunjuk terlalu keislaman saja. Nak tanya sekiranya saudara ada pendangan yang terbaik. Siapa yang tak nak banyak duit dlm hidup ini tetapi perkara spt ini kenalah diambil kira.

Sekian...
Apa kata anda??

Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca