Harga Hartanah Akan Meningkat 10-20%



Assalamualaikum semua...

Berita terkini tentang harga hartanah. Harga hartanah akan naik. Ada pro & contra nya. Yang pro nya - boleh bawak masuk investment masuk ke dalam negara. Untung untuk negara. Contra nya - well, harga rumah semakin naik~!!

Susah dah nak dapat rumah landed baru dalam range harga RM250k ke bawah kat Lembah Kelang nih. Kenapa aku lebih pentingkan rumah landed? Sebab rumah landed harga dia naik cepat berbanding rumah condo/apartment. Jadi, kalau jual balik/refinance dalam tempoh 5-10 tahun, agak berbaloi jugak.

Tapi ada juga suara-suara yang menyahut baik berita ini - terutamanya kepada pemilik-pemilik rumah sewa. Dengarnya, boleh naikkan harga sewa memandangkan makin ramai anak-anak muda yang akan berpindah masuk ke area Lembah Kelang. Jadi, permintaan rumah sewa akan meningkat. Jika permintaan lebih banyak daripada supply, jadi harga sewa boleh la di'up'kan. Tak ke gitu? Hehe...

Harga Hartanah Akan Meningkat 10 Hingga 20 Peratus Pada 2011

KUALA LUMPUR, 20 April (Bernama) -- Harga hartanah dijangka meningkat pada purata 10 hingga 20 peratus tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Beliau berkata peningkatan itu akan dipacu oleh permintaan daripada belian asing dan juga unjuran ekonomi negara yang lebih cergas dalam menarik lebih banyak pelaburan.

"Saya menjangkakan hartanah sederhana dan mewah mungkin meningkat lebih tinggi memandangkan hartanah mewah masih dianggap murah oleh rakyat asing berbanding harga hartanah di negara-negara jiran," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Pasaran Hartanah 2010 di sini.

Laporan itu diteritkan oleh Jabatan Perkhidmatan Hartanah dan Penilaian Kementrian Kewangan.

Lim berkata negara ini menarik lebih ramai rakyat asing menerusi program transformasi kerajaan serta unjuran bahawa lebih banyak syarikat asing akan disenarai di Bursa Malaysia.

"Kami berjaya menarik nilai pelaburan yang adil tahun lepas dengan pelaburan langsung asing meningkat empat kali ganda berbanding angka yang dicatatkan pada 2009.

"Kami berharap rakyat asing ini akan menjadikan Malaysia sebagai pangkalan kedua atau ibu pejabat dan melihat Asean sebagai pasaran yang berpotensi," katanya.

Beliau berkata walaupun harga hartanah akan meningkat, kerajaan akan memastikan gelombang hartanah tidak berlaku.

"Kami memandangkan berat disebabkan hampir 26 peratus daripada pinjaman bank diberikan untuk tujuan perumahan iaitu sebanyak RM240 bilion.

"Usaha sedang dilakukan untuk menyediakan 70 peratus nilai pinjaman untuk pembeli hartanah ketiga serta inisiatif untuk menyediakan pinjaman 100 peratus untuk pembeli rumah kali pertama," katanya.

Beliau berkata tumpuan utama kerajaan ialah memastikan golongan muda Malaysia disediakan dengan peluang untuk memberli hartanah mengikut kemampuan mereka.

Menurut laporan itu, pasaran hartanah tempatan merekodkan 376,583 transaksi bernilai RM107.44 bilion, dengan jumlah dan nilai pertumbuhan transaksi masing-masing pada 11.4 peratus dan 32.6 peratus berbanding 2009.

-- BERNAMA
Jangan lupa follow blog aku! Klik butang Follow di sebelah tu~!!

Blogger Hartanah & Kewangan

Blog Yang Saya Baca